Uncertainty Principle – Sonic Terror [Full Length, 2021]

0

Ughhhh, album penuh terkini projek solo Drone/Noise/Doom Metal dari United Kingdom bernama Uncertainty Principle ini memang berdesing. Album berjudul Sonic Terror yang diterbitkan melalui Xenoglossy Productions sememangnya live up to its name; seksaan yang kejam terhadap pendengaran anda. 

Sonic Terror menawarkan 12 trek yang pekat dengan wall of sound dan tempo yang merangkak tak ingat. Seingat saya, album ini memang mempunyai vokal yang minimum atau tiada langsung. Selebihnya dense and packed with ear-piercing droning guitars dan bedilan dram yang lembab. Ini bukanlah album yang bukan pendengar kasual boleh masuk pada sekali dengar sahaja. Ini adalah soundtrack untuk apocalypse, destruction dan menjurus ke gaung kebinasaan. 

Walaupun gitar yang berbunyi pecah mendominasi keseluruhan rekod ini, ia turut disokong dengan sedikit bunyian synth/keyboard yang yang merencana feel atmosphere yang destructive dan uncomfortable. Buat peminat Metal yang mahukan speed dan teknikaliti, ini bukan albumnya. Tempo yang selaju kura-kura ini akan buat anda turn off tapi kepada yang mahukan feel kemusnahan dalam slow motion (atau sekadar curious nak tau apa rasanya bila lekap telinga ke compressor peti ais), Sonic Terror menghidangkan 1 jam 7 minit yang menghamburkan kehancuran total. Saya boleh cadangkan anda untuk dengarkan album ini, tapi anda perlu mempunyai minda terbuka dan let it take you away slow and steady. Tiada lead atau permainan yang melodik, cuma riffs yang monolith dan towering, membuat anda terasa kerdil. Welcome to the destruction.

Sonic Terror kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Godflesh, Halo, American, Neurosis, Hybernoid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected