Saxtorph – When Depression Devastates the Dreams [Full Length, 2021]

0

Amboi, album Depressive Suicidal Black Metal! Secara peribadinya, saya rasa genre ni polarizing, sama ada anda akan meluat teruk atau layan sungguh dengan stail yang (kebanyakannya) monotonous, berkualiti bagai dirakam dalam bilik tidur, minimal musicianship dan sloppy. Namun ada juga gems dalam genre ni macam Woods of Desolation dan Mist of Misery. Album terkini dan ketiga daripada unit DSBM Denmark, Saxtorph berjudul ‘Wehn Depression Devastates the Dreams benar-benar buat saya khusyuk dengar sampai habis walaupun terseksa dengan duration yang memakan 55 minit.

Album yang menghidangkan 6 soul crushing dirges ni secara sekali dengar seperti standard DSBM; bertempo perlahan, long form, dan membawa vibe terseksa. Namun Saxtorph menampilkan lagu-lagu yang well crafted dari segi riff dan melodi yang memorable (dan membangkitkan rasa despair). Sekali-sekala ada jugak blastbeat yang menyusul, namun sekadar selingan menjadikan dinamik yang diverse. Diselit dengan keyboard dan juga clean vocals separa berbisik, saya fikir ‘When Depression…’ agak berjaya dalam memanifestasikan perasaan tertekan dan sedih yang bergelora dalam jiwa. Lontaran suara antara lolongan parau dengan low grunt menceritakan kekecewaan tak terubat, cukup khusyuk dilayan sampai tak sedar dah nak habis album ini.  Dari segi rakaman, saya fikir ia mempunyai kualiti yang bagus dan jelas, bukan jenis rakaman yang sloppy ikut muat. Sedih pun sedihlah, namun kualiti tetap dijaga. Saya takde nak cakap apa lagi dah kecuali rasa respect terhadap Saxtorph yang mengeluarkan terbitan DSBM yang catchy dan torturous pada masa yang sama. Jika anda bukan fan lagu panjang-panjang, saya syorkan anda tetap dengarkan juga kerana they have some of the best DSBM riffs for 2021. 

When Depression Devastates the Dreams kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Thy Light, Austere, Silencer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected