Ildfar – Som Vinden Farer Vil [Full Length, 2021]

0

Whoa, kenapa album band ni ada kualiti nostalgia Black Metal 90an? Ia cukup menjadi misteri untuk saya apabila kali pertama mendengarnya. Saya merujuk kepada sebuah projek solo Black Metal dari Norway bernama Ildfar yang baru mengeluarkan album penuh pertamanya berjudul ‘Som Vinden Farer Vil’ melalui Northern Silence Productions.

‘Som Vinden Farer Vil’ rupanya ditulis semenjak pertengahan 90an sewaktu Scandinavian Black Metal tengah memuncak, jadi tidak hairanlah ia membawa semangat dan aggression di era itu. Saya tidak pasti sama ada final product ini juga dirakam sekitar era itu juga atau recently recorded tetapi tone, stail dan execution yang dihidangkan memang sebijik macam band-band tengah 90an. Dengan memorable riff-riff yang dingin, dimainkan bermelodik pada kelajuan tinggi selain feel yang sinister, sukar untuk saya menolak album ini. Som Vinden… menampilkan keyboard dan juga choir/operatic vocals (walaupun berbunyi amatur) yang berkesan membangkitkan vibe sinister secukupnya. 

Mendengar album ini mengingatkan saya kepada Ulver dan Satyricon pada era awal mereka. Kualiti rakaman yang boleh tahan dengan songwriting yang kreatif menjurus kepada mewujudkan atmosphere yang selari dengan nilai-nilai yang dibawakan oleh pergerakan Black Metal ketika itu. Lama jugak material ini diperam sebenarnya. Saya membayangkan jika Som Vinden… dikeluarkan pada 25 tahun lepas, it could have been different. Saya fikir mereka mungkin akan menjadi iconic name dan sebaris dengan band-band lagenda Norway hari ini. Pada saya, Som Vinden… memang berbisa dan represent the 90s spirit very well terutamanya dari segi permainan gitar yang maniacal dan lontaran vokal yang earth shattering. 90s Black Metal fans will be pleased with this album. Senang cakap, ini mungkin a lost album from the 90s dan saya gembira ia akhirnya dikeluarkan!

Som Vinded Farer Vil kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Borknagar, Ulver, Satyricon, Arcturus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected