Primal Age – Masked Enemy [Full Length, 2021]

0

Sebuah band 5 piece Hardcore/Metal dari France, Primal Age kembali muncul di zaman pandemik dengan album terbaru mereka berjudul  Masked Enemy. Lagu-lagu mereka berkisarkan ideologi Straight Edge,Veganism, Animal Rights, Eco Awareness dan lain-lain. Band ini telah wujud sejak 90an lagi dan kini berusia 25 tahun. Band lama tapi idea fresh tak terperap di zaman 90s. 

Konsep Hardcore Metal yang Primal Age bawak memang tepu  dengan mesej-mesej anti politician yang tamak , beserta riffing riffing guitar yang thrashy, padu dan fresh, memang bikin darah berderau. Idea-idea chord gitar yang berat, kemas dan laju seakan-akan menghentam segala sudut , ditambah pulak dengan bassline keras dan drum beat yang cukup catchy menjadi resepi utama melodi hardcore metal yang menonjol berbanding band hardcore lain. Senang cakap rasa nak bukak pit dan hentam sesama-sendiri bila dengar lagu-lagu mereka yang menaikkan semangat. Ughhh!

Track yang aku nak highlight adalah title album ni sendiri – Masked Enemy. Arrangement music cukup buat blood pumping lantas pendengar sendiri akan headbang. Vocals pun tak monotonous, dengan pelbagai teknik lontaran vocal yang keras. Guitar datang dengan riffing yang jahat, dont give a fukk, straight to the point, sound rekoding yang berkualiti. Memang best.

Masked Enemy kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Hatebreed, Day of Suffering, xMAROONx, Slayer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected