Regarde Les Hommes Tomber – Ascension [Full Length, 2020]

0

Ascension merupakan keluaran penuh ketiga daripada band Black Metal Perancis ini. Menggelar album ini sebagai Black Metal as it is merupakan satu understatement.

Album ini menawarkan perisa Atmospheric Black Metal dengan vibe yang sinister. Terdapat sentuhan Death Metal juga di beberapa tempat. Check out vokalnya yag melaung-laung, satu trait yang lari daripada tipikal Black Metal yang selalunya menjerit nyaring. Saya sukakan gitar yang banyak menyumbang kepada feel atmospheric melalui tone yang droning dan jangly. Permainan dram yang laju memperkuatkan lagi Ascension sebagai terbitan Black Metal yang laju nak mampus.

 

Saya berpendapat produksi Ascension cukup berkualiti dengan sound yang kedengaran grand dan solid, sekaligus meletakkan atmosphere cold dan pessimist cukup jelas sekali.

Saya enggan meletakkan album ini sebagai Black Metal semata-mata kerana ia tidak menepati ciri-ciri Black Metal tipikal. Dan saya maksudkannya in a good way; melodi yang infectious (bukan stail melodic Black Metal ya!), atmosphere yang bleak dan flow album yang bagus. Peminat Atmospheric Black Metal patut check out album ini dan Regarde Les Hommes Tomber secara amnya.

 

FFO: Altar of Plagues, The Great Old Ones, Somnium Nox

 

#regardeleshommestomber #ascension #seasonofmist #blackmetal #atmospheric #music #underground

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected