Earth Rot – Black Tides of Obscurity [Full Length, 2020]

0

Unit Black/Death Metal dari Australia, Earth Rot baharu saja mengeluarkan Black Tides of Obscurity, album penuh ketiga mereka melalui Season of Mist pada 6 Mac 2020 lalu.

Saya mendapati banyak jugak band menarik dari Australia sejak setahun dua ini macam Descent dan Somnium Nox. Saya tidak mempunyai sebarang expectation dengan Earth Rot kerana ini adalah kali pertama saya mendengar nama mereka. Saya cukup seronok apabila mendapati mereka check beberapa boxes preferences saya iaitu kehadiran sound ala HM-2, cross genre Black dan Death Metal dan atmosphere yang sinister.

 

Sebenarnya dalam keterujaan saya melayan Black Tides of Obscurity, saya terkeliru juga dengan style shifting mereka yang berleluasa di dalam album. Kejap rasa macam dengar Old School Death Metal, kejap rasa macam ada feel Black Metal 2nd wave, kejap ada macam Melodic/Groove Metal menyelinap. Tapi tu lah…Earth Rot nailed it just right.

 

Salah satu appeal dalam album ini adalah kemampuan semua elemen disatukan menjadikannya berbunyi grand dan tidak caca-merba. Ini membuat mendengar Black Tides of Obscurity satu pengalaman audio yang fun tapi masih serius dan brutal tahap pecah muka. Masih a barrage of massive sound tapi bukan sampai memekakkan telinga.

 

Saya puji banyak pun tak guna, anda perlu mendengar sendiri bagaimana gabungan pelbagai stail done right dan mendengar Black/Death Metal tetap fun walaupun brutal.

 

Black Tides of Obscurity terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

 

FFO: Descent, Dismember, Bolt Thrower, Necrophobic

 

#earthrot #blacktidesofobscurity #seasonofmist #australia #blackmetal #deathmetal #blackeneddeathmetal #underground #music

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected