Wardaemonic – Acts of Repentance [Full Length, 2020]

0

 Jika RMO buat anda bengang kerana terkurung, izinkan saya perkenalkan anda soundtrack kepada perasaan bengang itu. Wardaemonic baharu sahaja menerbitkan album keempat ‘Acts of Repentance’ melalui Transcending Obscurity 20 Mac lepas.

Jentera Black Metal Australia ini langsung tiada belas kasihan dengan Acts of Repentance. 5 trek yang explosive, berdesup laju standard Black Metal ala Marduk dengan sentuhan dissonance sememangnya takkan buat pendengar senang duduk.

 

Wardaemonic langsung tak mahu membuang masa dengan build-up atau intro yang merapu. Memang jenis masuk lagu terus mengamuk sampai habis. Saya cukup terkesan dengan drumming ala machine gun yang mengukuhkan lagi struktur album ini yang sedia chaotic yang kadang-kadang bertukar-tukar tempo sampai saya pun tak terikut. Ini memang album Black Metal yang punishing, dan tidak berselera nak ikut template Black Metal biasa. Dan bagi saya yang dah dekat seminggu terkurung dekat rumah, ini adalah soundtrack kepada pent-up anger saya.

 

Acts of Repentance terdapat dalam format CD dan muat turun digital.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected