Recorruptor – The Funeral Corridor [Full Length, 2020]
Unit Death Metal Moden dari Michigan bernama Recorruptor ini baharu sahaja mengeluarkan album penuh kedua mereka yang berjudul ‘The Funeral Corridor’. Mendengar buah tangan terkini mereka membuat saya garu kepala sebentar. Ia sekali dengar berbunyi seperti Death Metal yang kita kenal, tapi dihiasi dengan pelbagai influences yang meluas, dari Deathcore, ke Deathgrind hinggalah ke Black Metal.
Pertama sekali yang saya perasan adalah gurgling scream dan pig squeal yang obviously Deathcore seperti era awal Job For A Cowboy. Dah lama jugak tak dengar teknik sebegini sejak Deathcore dah melepasi zaman kegemilangannya. Yang keduanya adalah solo gitar yang kedengaran seperti berinspirasikan Cannibal Corpse (atau American Death Metal); frantic dan garang. Ketiga, speed dan intensity album ini membuatkan saya membandingkan mereka dengan Aborted; macam kena sawan dan bulldoze everything in sight.
Saya tidak berapa menggemari kualiti produksi The Funeral Corridor untuk beberapa sebab. Tetapi yang paling jelas sekali adalah produksi terasa tidak padat, sebagai contoh gitar dan vokal struggle untuk didengari di bahagian yang pantas dan berat. Sudahnya everything seems to be fighting to be heard. Vokal terasa terkebelakang terutamanya apabila vokalis menggunakan teknik piercing scream. Manakala bass mengalami masalah klasik dalam mana-mana terbitan Metal: buried in the mix most of the time. Cadangan saya untuk terbitan akan datang, take it easy on the influences, write shorter songs (melainkan anda mempunyai dynamic dalam writing, or else it’s just repeating over and over again) dan buatkan mix yang berbunyi lebih gemuk dan punchy. The Funeral Corrdior masih mempunyai beberapa perkara positif, terutamanya approach Deathcore yang garang gila dan permainan gitar yang mencabar. It’s just the matter of tying the loose end saja. Kata orang Melayu, penyudahnya kurang kemas. Itu aje.
The Funeral Corridor kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Aborted, The Black Dahlia Murder, Cannibal Corpse, Cattle Decapitation