Poema Arcanvs – Stardust Solitude [Full Length, 2020]

0

Poema Arcanvs adalah sebuah unit Doom Metal dari Chile yang baharu mengeluarkan album penuh keenam berjudul ‘Stardust Solitude’ melalui Transcending Obscurity Records. Band yang boleh dikira veteran dalam scene Metal Chile ini menjanjikan Stardust Solitude sebagai terbitan yang berdinamik dan keluar daripada zon selesa mereka.

Poema Arcanvs nampaknya banyak mengambil pengaruh daripada The Peaceville Three dari UK iaitu My Dying Bride, Anathema, dan  Paradise Lost; tempo yang merangkak, gitar ditune rendah yang crushing, atmosphere pessimistic dan feel epic yang kadang-kala menyelit. Pujian harus diberikan kepada vokalis Poema Arcanvs yang banyak terpengaruh dengan stail Aaron Stainthorpe (My Dying Bride), baik vokal harsh ataupun clean (yang berbunyi deep), kedua-duanya sedap didengar. Malahan dinamik dan feel keseluruhan Stardust Solitude terasa diinspirasi daripada  My Dying Bride, tak kiralah dari era awal hinggalah yang terkini. 

Saya tidak banyak nak usik tentang kualiti rakaman mereka. Produksi terasa balanced untuk sebuah terbitan Doom Metal, dan walaupun dengan tone gitar yang crushing, saya masih boleh menangkap instruments yang lain. Satu keluaran yang not bad dan kaki Doom Metal patut sekurang-kurangnya mendengar buah tangan Poema Arcanvs yang keenam ini.

Stardust Solitude kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: My Dying Bride, Paradise Lost, Anathema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected