Jesus Wept – Apartheid Redux [Full Length, 2020]

0

Kalau anda dah jemu dengar standard Death Metal, sebenarnya banyak lagi sub-genre yang boleh diterokai. Salah satunya adalah Death n Roll, sejenis stail yang menyelitkan unsur-unsur Hard Rock selari dengan kegarangan Death Metal. Bayangkan saja tone kasar gitar Death Metal dengan laungan parau tapi dimainkan dengan groove Hard Rock.

Band Death n Roll dari Detroit, As bernama Jesus Wept baharu saja mengeluarkan album penuh pertama yang berjudul ‘Apartheid Redux’ pada 21 Ogos 2020. Namun kebanyakan material dalam album ini bukanlah kali pertama dikeluarkan memandangkan ada yang pernah muncul dalam EP mereka dan diadun semula untuk Apartheid Redux. Turut dimuatkan adalah dua lagu baharu dan satu lagu cover daripada WASP berjudul Animal (Fuck Like a Beast). Apartheid Redux diterbitkan oleh Redefining Darkness Records.

Saya bila terbaca presskit mereka yang cakap ini band Death n Roll, terus saya expect sound Death Metal dengan tempo dram yang Hard Rock dan feel sikit poyo (ni saya je la kot yang expect). Jesus Wept tidak mengecewakan dengan Death n Roll yang catchy dan buat saya terangguk-angguk melayan. Pertama sekali yang saya perasan tentang Jesus Wept adalah pengaruh Carcass era Swansong dan Entombed (tanpa sound HM-2) yang jelas terpalit dalam permainan mereka. Riffing Death Metal yang keras dan padat, vokal garang seakan Jeff Walker, dram mid tempo Hard Rock (ada masa menggila dengan blasting juga di trek kedua seakan Napalm Death!) dan bass yang surprisingly audible. Dalam beberapa trek juga menyelitkan guitar chugs yang menunjukkan Jesus Wept juga tanpa segan-silu menunjukkan pengaruh Hardcore Punk.

Apartheids Redux adalah terbitan yang menunjukkan yang Metal juga ada diversity. Masih boleh berbunyi mengancam walaupun tempo dah diperlahankan. Pada saya, ini adalah Carcass untuk generasi baharu (tanpa discredit Carcass ya). Tidak kompleks untuk dihadam, mungkin accessible untuk pendengar kasual Metal pertama kali dan cukup catchy untuk didengar berkali-kali.

Apartheid Redux kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Carcass, Entombed, Gorefest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected