Irhagar – Sutra [Full Length, 2020]

0

Sekali-sekala saya akan come across terbitan muzik extreme yang terlalu extreme untuk dihadam. Ia sama ada jenis keluaran yang tak terjangkau akal dan alien, terlalu merapu, terlalu deep atau meleret berulang-ulang (dalam bahasa lain, extremely boring). Jenis terbitan sebegini selalunya akan menemui 2 reaksi: saya gemarkannya dan bercakap tentangnya tanpa henti atau saya dengar sekali dan takkan dengar dah.

Irhagar merupakan sebuah projek misteri Experimental Black Metal (ni saya teka la) dari Rusia dan album penuhnya berjudul Sutra menawarkan stail Drone, Black Metal, Sludge, Ambient, Post dan Doom dirojakkan dalam 9 trek yang tidak bernama (atau sebenarnya menggunakan aksara aneh). Tak banyak info diberikan tentang terbitan ini, jadi saya pun tak berapa faham tema album ini dan juga siapa di sebaliknya. Ada baiknya jadi misteri kerana saya pun jadi lebih berminat untuk mengetahui Irhagar lebih lanjut.

Macam saya cakap tadi, Sutra kaya dengan pelbagai elemen muzik yang digabungkan. Tak kisahlah apa elemen yang dicampurkan, bagi saya Irhagar terasa heavy dengan approach non-standardnya; build-up drone, album yang reverb-heavy, vokal yang dijadikan sebagai instrument (as opposite of making it as vocals), tiba-tiba ada elemen Post-Metal/Rock, drum yang terasa robotik dan banyak lagi. Ini membuatkan direction album ini terasa unexpected dan saya terasa macam hold on to my seat in anticipation; adakah trek selepas ini jadi berdesing garang atau jadi rileks ala Post-Rock? That being said, unexpected dalam konteks ini tidak berasa bosan.

Dari trek pertama yang membawa feel Ritual-Ambient kepada trek ketiga berperisa Black Metal rabak kemudiannya tenang menjadi Post-Metal hinggalah trek kelima yang tak segan berbunyi Blackened Sludge dan diakhiri trek kelapan seakan dark-hardstyle/electronics. Diverse tapi masih dark, dan saya fikir Sutra adalah terbitan yang unik tahun 2020.

Sutra terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Blut Aus Nord, Alcest, Aghast

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected