Premiere – motherwit – memburu rindu

0
motherwit line-up

motherwit, sebuah unit Alternative Rock Malaysia yang memainkan campuran Synth, Pop, Indie, Rock dan Jazz telah mengeluarkan EP terkini mereka ‘anteseden’ yang memuatkan single d.antara pada Mac 2023. Kini, mereka bakal premiere cover version ‘Memburu Rindu’, sebuah trek ikonik daripada Dato’ Hattan, ditulis Dato’ M Nasir dan Allahyarham Bob Lokman pada 25 Julai 2023, 9 malam.

motherwit memburu rindu

Ini adalah cara kami menghormati lagu yang telah menyentuh banyak jiwa satu waktu dahulu, sebagaimana ia menyentuh jiwa kami untuk bermuzik…

motherwit berkongsi keterujaan mereka tentang versi mereka yang dijalin sentuhan peribadi ahli-ahli motehrwit di samping mengekalkan elemen-elemen original yang menjadikan ‘Memburu Rindu’ satu trek yang diingati sepanjang zaman. “Ini adalah cara kami menghormati lagu yang telah menyentuh banyak jiwa satu waktu dahulu, sebagaimana ia menyentuh jiwa kami untuk bermuzik,” cerita Sahaq Ibrahim, frontman motherwit.

Sebenarnya, curious jugak nak dengar their new take on the song. Whether it will be an entirely different style atau pun retain some of the familiar parts, kita tunggu jelah nanti. Enjoy!

Unit ini bermula sebagai projek solo Sahaq Ibrahim, pemuzik tanpa latar pendidikan muzik. Kemudian disertai Noh Zulazfar di posisi gitar pada Jun 2021 dan Pak Lah di posisi bass pada Januari 2022. Kemudian, Aza mengisi kekosongan pada posisi dram sebagai sessionist tetap.

Ikuti motherwit di sini:

Spotify: https://open.spotify.com/artist/3MYz9FePm1qFoxQKmOjqrF

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCkRT9oKzOZCKacPLs1lky2Q

Facebook: https://www.facebook.com/motherwitnoise

Instagram: https://www.instagram.com/motherwitnoise/

Twitter: https://twitter.com/motherwitnoise

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected