Premiere – MIM – Gasar (feat. DJ Uno)

0

MIM merupakan unit Post-Rock dari Kuala Lumpur, Malaysia yang ditubuhkan pada 2015. Gubahan mereka kaya dengan lapisan bunyi yang luar jangka dan dinamik lagu yang dramatik, kadangkala menekan. Pada 1 September, album penuh mereka berjudul ‘Arakian’ akan menemui pasaran dengan menawarkan 10 trek.

Sebelum ini kami pernah mengulas album remix mereka di sini. Tapi kali ini, MIM dengan kerjasama Dissecting the Euphony berbangga untuk mempersembahkan premiere untuk video muzik ‘Gasar’ menampilkan DJ Uno dari Pop Shuvit. ‘Gasar’ dipetik daripada Arakian menyaksikan pertembungan dua aliran muzik berbeza; Post-Rock dan Hip-Hop namun paduannya melahirkan muzik yang neither Post-Rock nor Hip-Hop. Dengan permainan gitar dan bass yang gritty, paluan dram yang agresif dan scratching dalam satu trek, ‘Gasar’ menghampiri territory Post-Metal dengan suntikan Ambient serta Noise menjadikan trek ini sedap dilayan. Kasar tapi masih terkawal. Jinak tapi melawan.

Muzik video ini secara ringkas membawakan penceritaan Sara yang bertarung dengan ketagihan dadah dan sering diherdik oleh Myo akibat ketagihannya itu. Namun, punca ketagihan Sara adalah akibat Myo yang pada awalnya memberikannya jalan kepada Sara untuk menjual dadah. Dalam video ini, Myo sedang membaiki kerosakan yang dilakukan oleh dirinya sendiri, dan akhirnya Sara bertindak untuk menamatkan punca kerosakan ini dengan melakukan satu lagi kerosakan, iaitu pembunuhan. Woah, talk about gali lubang tutup lubang!

Ikuti MIM di media sosial:

E-mail: soundsofmim@gmail.com

Instagram: https://www.instagram.com/soundsofmim/

Linktree: https://linktr.ee/soundsofmim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected