Premiere – motherwit – d.antara (feat. Shuhusna)

1

Unit Alternative Rock Malaysia, motherwit yang memainkan campuran Synth, Pop, Indie, Rock dan Jazz kini bersedia untuk melancarkan single terkini mereka berjudul ‘d.antara’ yang menampilkan Shuhusna.

motherwit bermula sebagai projek solo Sahaq Ibrahim, pemuzik tanpa latar pendidikan muzik sebelum disertai Noh Zulazfar di posisi gitar pada Jun 2021 dan Pak Lah di posisi bass pada Januari 2022. Kemudian, Aza mengisi kekosongan pada posisi dram sebagai sessionist tetap.

Gitaris/vokalis, Sahaq Ibrahim, menerangkan lagu d.antara merupakan perantara untuk dua haluan muzik berbeza yang dibawakan motherwit. “Lagu ini diletakkan sebagai trek ketiga daripada lima lagu yang akan dimuatkan dalam EP kami. Tujuan ia diletakkan di tengah-tengah kerana ia merupakan perantara untuk dua haluan yang kami bawa. Dua lagu pertama lebih dekat dengan haluan muzik dalam EP pertama kami, “archived” demo manakala dua lagu terakhir lebih dekat dengan haluan baharu motherwit,” katanya.

Jadi d.antara ni pasal apa pula?

“Kami cuba teroka sisi berbeza dalam percintaan, terutamanya untuk mereka yang dah bercinta lama. Biasanya konflik yang diangkat dalam mana-mana karya seni adalah tentang pasangan yang curang atau hubungan yang akhirnya terputus.

Apabila bercinta dalam tempoh yang lama, kadang kala hubungan jadi kelam dan tawar, tapi pasangan ini masih mencintai satu sama lain.

“Dalam d.antara, konflik utamanya tentang komunikasi. Apabila bercinta dalam tempoh yang lama, kadang kala hubungan jadi kelam dan tawar, tapi pasangan ini masih mencintai satu sama lain. Satu pihak dia ambil mudah terhadap pasangannya dan pasangannya itu pula sudah terlalu percaya yang mereka saling menyayangi, menyebabkan dia tidak berusaha untuk menunjukkan kasih sayangnya. Perhubungan itu akhirnya menjadi suram.”

I guess, bercinta selepas kahwin is real. Ini adalah pengajaran bermakna untuk dibawa pulang buat mereka yang merancang dan telah berumahtangga. 

Ikuti motherwit di sini:

Spotify: https://open.spotify.com/artist/3MYz9FePm1qFoxQKmOjqrF

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCkRT9oKzOZCKacPLs1lky2Q

Facebook: https://www.facebook.com/motherwitnoise

Instagram: https://www.instagram.com/motherwitnoise/

Twitter: https://twitter.com/motherwitnoise 

1 thought on “Premiere – motherwit – d.antara (feat. Shuhusna)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected