Premiere – Mekynoza – Aku Bukan Kamu

0

Pernahkah anda dengar nama Mekynoza? Well, now you know kerana hari ni kami nak bawakan Premiere untuk single dan MV terkini mereka!

Mekynoza merupakan unit Alternative/Modern Rock dari Kuala Lumpur, Malaysia yang ditubuhkan pada 2019 oleh 5 anak muda. Mereka menawarkan pengalaman muzik yang diperkasa riff berat, bunyian ambient, lead harmony berkembar dan back-shattering breakdown yang dipakej cemerlang untuk menarik pendengar-pendengar muzik rancak tempatan.

“Aku sebenarnya menceritakan tentang perjalanan melepaskan diri dari situasi, keadaan dan suasana yang menekan.” – Muz (Mekynoza)

Sebelum ni Mekynoza dah keluarkan 3 single ‘Bila Esok’, ‘Harapan’, dan ‘Langit’ dan untuk 2023, Mekynoza  mengeluarkan ‘Aku Bukan Kamu’ yang menampilkan vokal Muz, vokalis terbaharu mereka.

Video ‘Aku Bukan Kamu’ ni menyelusuri konflik dan emotional breakdown yang dihadapi oleh common man (macam kita lah tu) digambarkan sebagai konflik antara pekerja dengan majikan. Vokalis Muz yang menulis lirik untuk trek ini berpendapat ini adalah katarsis dan mengambil pendekatan let it go if it kills you. “Aku sebenarnya menceritakan tentang perjalanan melepaskan diri dari situasi, keadaan dan suasana yang menekan. Macam bila dah tersepit kat satu sudut; aku ada benda yang aku nak buat tapi orang halang. Jadi aku tujukan lagu ni khas untuk orang yang halang keinginan aku dan jadi pembunuh semangat aku.”

I mean, it could not get any more relatable than that, huh?

Ikuti Mekynoza di sini: 

Instagram : https://www.instagram.com/mekynoza/

Facebook : https://www.facebook.com/Mekynoza

Twitter : https://twitter.com/mekynoza

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCFaycbJpR_yF01q0ceh58-A

Tiktok : https://www.tiktok.com/@mekynoza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected