Cats in Love – Black Monday [Single, 2022]

0

Saya dalam mood yang santai dan menanti long weekend untuk cuti Tahun Baru Cina. Kemudian saya teringat single Cats in Love yang masih menanti untuk didengari. Cats in Love adalah band Rock n Roll tempatan yang sebenarnya bukan kecik anak memandangkan mereka sebenarnya have been around since 2004 (or probably earlier).

Black Monday merupakan single terkini Cats in Love yang dikeluarkan pada penghujung 2022 yang immediately mengingatkan saya kepada ikon Rock n Roll agung ZZ Top selain kepada stail Allman Brothers Band dan Ted Nugent. Tone gitarnya yang jagged dan membawa vibe maskulin era 70an terus buat saya tangkap layan sampai habis.

Kualiti trek ini secara keseluruhannya stayed true to the Rock n Roll…

Dengan vokal sedikit nasal tetapi bertenaga, diiringi permainan keyboard yang memberi groovy edge dan drumming yang simple berupaya menaikkan mood pendengar untuk bertepuk tangan jika dimainkan di mana-mana show. Kualiti trek ini secara keseluruhannya stayed true to the Rock n Roll dengan pengaruh-pengaruh saya sebut tadi jelas memandu muzik mereka; straightforward, selamba dan semuanya about having a good time. Tak payah pening. And pretty easy to digest too.

Black Monday kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: ZZ Top, Ted Nugent, Allman Brothers Band

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected