flowerlab. – RU? [Single, 2022]

1

Duo Indie/Electronic Pop Malaysia, flowerlab. telah pun mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul ‘RU?’ pada hujung Disember 2022. ‘RU?’ diterbitkan melalui bandamatari menampilkan sound Electronic, Disko dan City Pop yang sendu dan bernostalgik.

RU? menjamu pendengar dengan permainan yang santai walaupun tema lagu ini yang menjurus ke arah jiwang sedih. Bunyian synth dan strings mengingatkan saya kepada dekad 80-an yang pulsating dan bright. Macam theme song soap opera pula gayanya. Saya juga menyukai bunyi dram yang crisp, terutamanya snare yang galak bermain ghost notes (geram aje dengar!). Bahagian korus ternyata mempunyai hook yang menarik walaupun saya fikir vokal masih boleh improve dinamiknya (maaf, terasa senada aje). Also, what’s the deal dengan trap-inspired outro? Macam tiba-tiba tapi kena pulak. 

RU? menjamu pendengar dengan permainan yang santai walaupun tema lagu ini yang menjurus ke arah jiwang sedih.

flowerlab. melalui RU? menjanjikan pengalaman Indie/Electronic Pop yang berjiwa experimental yang somehow membawa menjadi nostalgik kepada dekad 80-an yang bright dan colourful sebagaimana trek ini dipersembahkan. Pretty good for a single. Saya rekomen anda untuk check them out.

RU? kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: mindfreakkk, Mac DeMarco, Tomita Lab., BLASTER

1 thought on “flowerlab. – RU? [Single, 2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected