flowerlab. – Dansa (feat. Hazim Yukimura) [Single, 2023]

0
flowerlab. Dansa

Duo Indie/Electronic Pop, flowerlab. telah pun kembali dengan single terkini mereka untuk 2023 yang berjudul Dansa yang menampilkan vokal jemputan Hazim Yukimura. Diterbitkan sekali lagi melalui bandamatari, Dansa disifatkan hasil kerja mereka yang paling fun dihasilkan setakat ini. Ewah, betul ke?

Seperti single RU?, Dansa tetap setia menampilkan sound Disko, City Pop dan Electronic yang prominent throughout. Saya immediately drawn dengan sound synth dan string mereka yang colourful dan nostalgic sekalipun tema lagu ini yang bercampur antara mencari cinta sejati dan dihantui sejarah silam yang akhirnya mencadangkan pendengar untuk berdansa untuk melupakan semua. 

Saya immediately drawn dengan sound synth dan string mereka yang colourful dan nostalgic…

Saya sebenarnya geram dengan songwriting dan execution mereka yang dibuat dengan indah sekali. Catchy vocals (which is hugely improved since RU?) disulam dengan instruments yang segar (dan retro pada masa yang sama). Dengarkan bass yang melantun di belakang mengiringi synth yang menari manja di hadapan mix, sekaligus mengingatkan saya kepada filem-filem cinta tempatan dekad 80-an yang cheesy. Huh, I might be thinking about Jamal Abdillah dengan Ogy Ahmad Daud lol.

Dengarkan bass yang melantun di belakang mengiringi synth yang menari manja di hadapan mix…

Dansa adalah bukti flowerlab. semakin berkembang dari segala segi. It’s a shame kalau mereka tidak mendapat perhatian daripada para pendengar tempatan. Atau elok saja mereka berkembang dan explore pasaran luar aje, who knows. Tapi sebelum mereka (potentially) meletup, baiklah korang dengar dulu!

Dansa (feat. Hazim Yukimura) kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: mindfreakkk, Mac DeMarco, Tomita Lab., BLASTER

Ikuti flowerlab. di sini:

Instagram

Twitter

YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected