Bizarrekult – Den Tapte Krigen [Full Length, 2023]

0
Bizarrekult Den Tapte Krigen

Unit Post-Black Metal Rusia/Norway, Bizarrekult telah mengeluarkan album penuh keduanya yang berjudul Den Tapte Krigen melalui Season of Mist Underground Activist pada Januari 2023. Ini merupakan keluaran pertama mereka melalui Season of Mist.

Essentially, Den Tapte Krigen menyampaikan perasaan yang kacau-bilau dan conflicted.

Den Tapte Krigen (bermaksud The Lost War) menjerumus pendengar kepada tema perang, samada literally atau figuratively. Boleh jadi perang dengan insan lain, perang dalam kepala mahu pun perang antara kelas, I guess? Tema ini diterjemahkan melalui trek-treknya yang dipenuhi feel dramatik dan melankolik; permainan gitar yang berdiri antara chaotic dan tenang, harsh vocals dengan alunan clean female vocals yang soothing dengan dram yang mencukupkan feel yang disampaikan. Essentially, Den Tapte Krigen menyampaikan perasaan yang kacau-bilau dan conflicted.

But then again, mungkin inilah yang di sampaikan; emosi yang kacau-bilau.

Den Tapte Krigen adalah terbitan yang sedikit aneh memandangkan ia bukanlah terbitan yang sepenuhnya Black Metal, malah nak kata totally Post-Black Metal pun tak jugak. Ia ada mengingatkan saya kepada Alcest dan Amesoeurs in some parts but not really like them dan juga terdapat hints of Progressive Metal tapi tak juga berapa progressive dan strangely mengingatkan saya kepada early Klimt 1918 yang jelas bereksperimental dengan cabang muzik lain luar daripada Metal. Tapi ini tak semestinya menjadikan saya suka terbitan terkini Bizarrekult ini. Den Tapte Krigen terasa tak sampai feelnya dengan kemasukan pelbagai stail, serabut dan juga lack of memorable hooks. But then again, mungkin inilah yang di sampaikan; emosi yang kacau-bilau.

Den Tapte Krigen kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Regarde Les Hommes Tomber, Der Weg Einer Freiheit, Ellende

Ikuti Bizzarekult di sini:

Facebook

Instagram

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected