Mare Infinitum – Cryosleep [Full Length, 2022]

0

Epic. Glorious. Uplifting but mournful. Ini adalah antara perkara pertama yang muncul dalam kepala saya lepas habis mendengar album penuh terkini unit Symphonic/Atmospheric Doom/Death Metal dari Rusia bernama Mare Infinitum ini. Album ‘Cryosleep’ mereka dikeluarkan pada penghujung 2022 melalui Solitude Productions cukup cemerlang dengan sound yang rich dan padat.

Mendengar Cryosleep boleh digambarkan seperti coretan kekecewaan yang melimpah-ruah yang dilakar penuh indah. It’s a painful experience dotted with of beautiful memories untuk dikenang, more or less. Dan ini diterjemahkan kepada bentuk muzik melalui jalinan elemen symphony, lontaran vokal berkembar harsh dan clear (lelaki dan wanita), diiringi nyanyian koir yang menaikkan bulu roma, tempo yang merangkak dengan solo gitar yang sungguh bermelodik dan lagu-lagu ditulis catchy. Sekalipun saya cakap ia bagaikan coretan kekecewaan, tetapi in some ways ia adalah cathartic untuk melepas perasaan, but in a grand way. Saya masih terpesona dengan penggunaan koir dan elemen symphonic yang sentiasa ada di setiap trek. 

It’s a painful experience dotted with of beautiful memories untuk dikenang, more or less.

Saya tidak dapat lari daripada membandingkan hasil Mare Infinitum ini dengan band-band Doom terkemuka dunia seperti My Dying Bride, Swallow the Sun, Draconian, Funeral, Shapes of Despair dan Candlemass. Jalinan sound antara Traditional Doom, Doom/Death, dan Gothic Doom Metal menjadikan Cryosleep cukup diverse dengan pelbagai feel dan dinamik. Trek pilihan saya adalah trek pertama yang menzahirkan kesemua elemen ini dengan cemerlang. Title trek album ini pula malangnya tidak cukup menarik, manakala trek terakhir seakan-akan Nightwish yang bermain Doom Metal. Huh, interesting. Cryosleep sekadar mempunyai 5 trek tetapi semuanya panjang-panjang cukup untuk memuaskan selera mana-mana pendengar Doom Metal. Jika anda tidak familiar dengan stail ini, saya cadangkan anda dengar trek pertama dan mungkin anda akan terus jatuh hati dengan Mare Infinitum. Cubalah!

Cryosleep kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: My Dying Bride, Swallow the Sun, Draconian, Funeral, Shapes of Despair, Candlemass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected