Cataclysmic Purification – Heterodoxy [Single, 2023]

0

Duo Death Metal dari Malaysia, Cataclysmic Purification telah mengeluarkan debut single mereka yang berjudul Heterodoxy yang merupakan teaser kepada terbitan akan datang mereka yang dijangkakan keluar pada tahun ini juga.

Saya tidak pasti latarbelakang mereka ini tetapi rasanya macam biasa tengok dalam scene tempatan, so I guess they have been around for quite some time. Heterodoxy yang berdurasi 4 minit menjamu pendengar dengan Death Metal berpaksikan OSDM yang mid-tempo ala Bolt Thrower, Benediction, Autopsy tetapi dengan tendency Hardcore Punk. 

… tempo menjadi kian perlahan dan vokal saling berganti daripada low female snarl (yang cukup devastating) kepada even lower male gurgling (berbuih dengar ye!).

Tone gitar Cataclysmic Purification yang bonecrushing dan chugging menjadikan trek ini sedia berat tanpa perlu tempo yang menggila dengan menjadi lebih intense di penghujung lagu dengan tempo menjadi kian perlahan dan vokal saling berganti daripada low female snarl (yang cukup devastating) kepada even lower male gurgling (berbuih dengar ye!). Heterodoxy juga menyelitkan elemen yang saya dah lama tak dengar dalam muzik Metal; bassdrop yang ear shattering. Entah dari mana datang but it’s very apt and adds brutality to the already sick track. Saya cuma mempunyai satu komen tentang Heterodoxy. Kualiti adunan trek ini terdengar mendap. Now don’t get me wrong, saya suka permainan dan idea mereka, cuma mengharapkan kualiti sound yang lebih crisp because buddy, don’t play with my feelings. Go all the way lah dengan adunannya. Jadikannya lebih padat dan jelas! Saya menunggu output mereka yang seterusnya dan mengharapkan terdapat improvement yang lebih baik.

Heterodoxy kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: Bolt Thrower, Benediction, Autopsy, Torn in Half

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected