Premiere – Kula Wangsa – Illusi Sebuah Mimpi

0

Unit Rock n Roll Malaysia, Kula Wangsa sedang dalam  persediaan untuk menyiapkan album sulung mereka yang dijangka keluar pada 2024. Tetapi sebelum itu, Kula Wangsa kini dengan kerjasama Dissecting the Euphony akan mempersembahkan premiere single terkini mereka berjudul ‘Illusi Sebuah Mimpi’ pada 28 April 2023, Jumaat pada 12 tengah malam.

Vokalis/gitaris, Raja Naz menceritakan Illusi Sebuah Mimpi diilhamkan seawal 2019 dengan mengambil pengaruh muzik Doo-Wop yang banyak beliau dengari sewaktu itu. Lagu ini ditulis dengan matlamat untuk kedua-dua gitaris Kula Wangsa (Raja Naz dan Jai) berkomunikasi secara musically melalui instrument masing-masing, basically untuk menguji chemistry mereka selaku sebuah unit muzik selain sebuah attempt mereka untuk menghasilkan sebuah karya yang bercitarasakan lebih tempatan.

“Fun fact, Illusi Sebuah Mimpi ni in some ways diinspirasikan  daripada tajuk album dan band Bloodshed!’ jelas Raja Naz bila menceritakan proses pembuatan single ini. Lyrically, Illusi Sebuah Mimpi turut mengutarakan kritikan terhadap tendency untuk menyamakan keluaran tempatan sebagai knock-off daripada band-band antarabangsa. “Sebagai contoh, kugiran Hujan dulu saling digelar The Strokes Malaysia oleh pendengar, dan banyak kugiran di Malaysia menubuhkan band mereka kerana ingin mengarang lagu-lagu supaya dapat berbunyi seperti Arctic Monkeys atau Oasis,” tambah Raja Naz lagi.

Melalui Illusi Sebuah Mimpi, Kula Wangsa berharapan untuk membawa direction mereka yang lebih lokal dan original tanpa terpalit dengan comparison band-band luar. Tapi yang jelas sekali, single ini berbeza dengan single ‘Cowboys’ sebelum ini dengan feel yang grounded dan dekat dengan citarasa tempatan. Enjoy!

Ikuti Kula Wangsa di:

Twitter

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected