Burning Flame – Against the Era [Single, 2023]

0

Unit Metalcore dari Indonesia, Burning Flame telah mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul Against the Era pada Februari 2023. Ini merupakan comeback mereka setelah berehat panjang sewaktu pandemik melanda. 

Burning Flame bukanlah band baharu memandangkan mereka wujud semenjak 2004 lagi dan evidently single terbaru mereka masih bernuansakan Metalcore era early 2000 di kala band-band Metalcore masa kini dah move on daripada sound Metalcore berinspirasikan Swedish Melodic Death Metal. Single Against the Era tetap kental dengan style sebegini yang nostalgic ketika Metalcore mendaki populariti. Selalunya saya akan turn off dengan band yang kekal dengan style yang sama tapi for some reason, single terkini Burning Flame terasa menarik untuk didengar. 

Tapi personally, saya fikir kekuatan Against the Era adalah feelnya yang catchy dan berani untuk membawa stail sebegini di waktu Metalcore telah banyak berubah.

Pertama sekali, tentulah kualiti rakaman dan adunannya lebih baik daripada keluaran Burning Flame sebelum ini. Dan kedua, trek ini kedengaran nicely crafted sekalipun strukturnya typical kepada Metalcore early 2000. Malahan breakdown dalam Against the Era benar-benar menguji nafsu untuk go wild dalam moshpit. Tak dilupakan jugak dengan gang vocals yang membakar jiwa untuk melambung penumbuk sewaktu live show mereka. Tapi personally, saya fikir kekuatan Against the Era adalah feelnya yang catchy dan berani untuk membawa stail sebegini di waktu Metalcore telah banyak berubah. That take balls to do it, honestly. Untuk pendengar veteran Metalcore, ini mungkin boleh bikin anda nostalgic!

Against the Era kini terdapat dalam format strim digital. 

FFO: Meridian Dawn, Massacre Conspiracy, Bring Me The Horizon, As I Lay Dying, Undying

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected