Unfelled – Pall of Endless Perdition [Full Length, 2023]

0

Saya sering kali menyatakan kekaguman saya terhadap scene Metal dari Australia yang diverse dan berpotensi menjadi game changer dalam review sebelum-sebelum ini, dan kali ini pun tak terkecuali. Unfelled merupakan projek Pagan Black Metal daripada ahli-ahli Woods of Desolation, Drudkh dan Austere melalui Season of Mist telah menerbitkan debut album berjudul Pall of Endless Perdition. Melihat portfolio ahli-ahli Unfelled saja dah cukup untuk meyakinkan saya untuk check them out, especially melalui kerja terkini Woods of Desolation ‘The Falling Tide’ dan Drudkh ‘All Belong to the Night’ pada tahun lepas.

Pall of Endless Perdition menghidangkan Black Metal yang blistering dan furious; jelas didemonstrasi melalui permainan gitar yang pantas digandingkan drumming yang huru-hara dan dilengkapkan dengan vokal yang bagai nak tercabut tekak menjerit.

Namun sebenarnya Unfelled berada dalam spektrum berbeza berbanding Woods of Desolation dan Drudkh (dan Austere kalau masukkan sekali). Pertama sekali adalah sound band ini yang lebih rabak dan harsh tetapi masih mempunyai musicianship yang impressive. Kalau Woods of Desolation dan Drudkh mempunyai stail Atmospheric/Post-Black Metal, Unfelled pula lebih kepada Black Metal yang kelam dan chaotic dengan melodi yang buried within the noise. Pall of Endless Perdition menghidangkan Black Metal yang blistering dan furious; jelas didemonstrasi melalui permainan gitar yang pantas digandingkan drumming yang huru-hara dan dilengkapkan dengan vokal yang bagai nak tercabut tekak menjerit. Semua ini bersesuaian dengan tema disampaikan iaitu kematian, perang dan kegelapan.

Dengan mix yang lo-fi, anda akan dihentam dengan endless violent riffs tetapi masih mampu mengesan melodi yang terbenam dalam adunan album ini.

Pall of Endless Perdition menawarkan pengalaman kepada pendengar seakan menempuhi struggle dalam pertempuran melalui feelnya yang harsh dan bleak. Dengan mix yang lo-fi, anda akan dihentam dengan endless violent riffs tetapi masih mampu mengesan melodi yang terbenam dalam adunan album ini. Personally saya okey aje dengan lo-fi mix begini yang obviously channel all the anger and hatred in the right place, walaupun kena dengar pakai headphones untuk betul-betul hadamkannya. Kalau dengar pakai speaker, especially speaker murah, memang berdesing telinga jawabnya lol. But anyway, Pall of Endless Perdition memang menarik perhatian saya sekalipun the dynamic macam dipped sikit di pertengahan album, barangkali sebab several of the songs start to sound the same tapi kembali alright menjelang ke penghujung, mungkin sebab ada satu trek akustik yang interesting dan juga trek terakhir berbunyi macam Woods of Desolation! It’s a good album, tapi tak berapa groundbreaking sangat but still worth your time to listen to.

Pall of Endless Perdition kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Sargeist, Horna, Behexen, Naglfar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected