Pasca Sini – Nasyidcore [EP, 2023]

0

Sebenarnya saya dah lama terima promo EP terkini Pasca Sini, sebuah band Metalcore/Easycore/Pop Punk Malaysia pada seawal pertengahan Januari 2023. Namun hanya pada bulan puasa ini saya mempunyai kesempatan untuk mendengar Nasyidcore, sebuah terbitan yang menjalin sound berat dengan perasa nasyid (atau ketuhanan, if you will).

EP 4 lagu ini diberitakan ditulis selepas Pasca Sini ditampilkan dalam program Zayan FM yang menyaksikan mereka memainkan lagu cover nasyid. Membuka Nasyidcore adalah cover song daripada legenda nasyid tempatan, Rabbani iaitu Intifada yang kemudian dituruti lagi 3 trek original. How did Nasyidcore fare, if you ask me? Sebenarnya, pretty average walaupun saya tidak menyangkal idea Nasyidcore (sebagai genre, bukan title terbitan) adalah sesuatu yang worth exploring.

EP 4 lagu ini diberitakan ditulis selepas Pasca Sini ditampilkan dalam program Zayan FM yang menyaksikan mereka memainkan lagu cover nasyid.

Pertama sekali, Intifada terasa seperti your run on the mill Metalcore band covering pop song. Dengan arrangement yang hampir bulat-bulat mengikut original (dari opening gamelan kepada verse-chorus yang instantly recognizable) kecuali breakdown yang menepati standard Metalcore breakdown at its peak of popularity, Intifada versi Pasca Sini terasa less imaginative dalam execution. I guess, kalau cover lagu ini sekadar untuk content santai di YouTube, takpelah kot. But to build a reputation over a cover (apatah lagi lagu yang ikonik), this shouldn’t be the final product. Manakala trek-trek lain mempunyai stail yang melompat-lompat antara Metalcore, Easycore hinggalah kepada Pop Rock. Personal favourite saya adalah trek terakhir yang santai. Penutup yang cukup berbeza daripada opening track dengan clean guitar throughout, violin dan clean vocals yang indah memandu direction lagu ini. Perhaps the most accessible track in the EP.

Kedua, Nasyidcore mempunyai attempt untuk menyumbat seberapa banyak stail dalam satu terbitan, on paper ia ternampak seperti band yang berani keluar untuk bereksperimen. Namun bila didengar, Nasyidcore lacks the dynamic dan uniformity dalam sebuah EP. It’s like all over the place dengan stail blessthefall, A Day to Remember, Massacre Conspiracy bercampur sana-sini secara messy. Feel setiap trek cukup berbeza-beza dengan hanya tema nasyid/ketuhanan holding everything on a very thin thread.

Sebenarnya Nasyidcore mempunyai kualiti rakaman dan adunan yang boleh tahan bagus…

Ketiga, saya sedikit ralat kerana Pasca Sini mempunyai kemahiran bermuzik dan dedikasi yang bagus tetapi semuanya tidak terzahir dalam EP Nasyidcore. Untuk sebuah band yang saya kira ada vision, execution mereka yang tipikal sebenarnya menjadi batu penghalang untuk Pasca Sini menjadi band yang fresh dan exciting (unless anda solely kira aestetik Nasyid dah cukup exciting). Sebenarnya Nasyidcore mempunyai kualiti rakaman dan adunan yang boleh tahan bagus tapi tu lah, it feels flat and rather uninspired dengan stail yang melompat-lompat antara genre dan rehash gaya Metalcore/Easycore yang probably done to death at this point.

Saya fikir gaya Nasyidcore mereka ini patut diteruskan tetapi haruslah mempertimbangkan pelaksanaan yang lebih creative dan groundbreaking, bukan slap everything together and give it a fancy name. Ini adalah EP yang saya dengar sekali dan lepas tu akan revisit semula beberapa tahun akan datang bila dah takde nak dengar apa. 

Nasyidcore kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: blessthefall, A Day to Remember, Masscare Conspiracy, The Padangs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected