Bullets of Misery – Debile Principium Melior Fortuna Sequatur [Full Length, 2023]

0

Bullets of Misery merupakan unit Technical/Melodic Black/Death Metal dari Sepanyol. Pada 2023, album keempat mereka ‘Debile Principium Melior Fortuna Sequatur’ telah menerima keluaran semula daripada Hezurrak Records dalam format piring hitam.

Yang menjadikan Debile Principium Melior Fortuna Sequatur unik adalah ia dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Basque, antara bahasa Eropah yang tertua.

Debile Principium Melior Fortuna Sequatur mengingatkan saya kepada Defeated Sanity yang less technical tetapi kekal dengan back breaking speed. Yang menjadikan Debile Principium Melior Fortuna Sequatur unik adalah ia dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Basque, antara bahasa Eropah yang tertua. Anyway, saya pun tak perasan bahasa yang digunakan memandangkan vokalisnya fluctuate antara low scream dengan blood curdling yell. Debile Principium Melior Fortuna Sequatur mempunyai several riffs yang menarik dalam album ini yang kadang-kala menjejak Melodic Death Metal tetapi dibayangi dengan styling Technical Death Metal, including solo gitar yang groovy. Saya tak kecewa lah secara amnya.

Debile Principium Melior Fortuna Sequatur mempunyai several riffs yang menarik dalam album ini yang kadang-kala menjejak Melodic Death Metal tetapi dibayangi dengan styling Technical Death Metal, including solo gitar yang groovy.

Bullets of Misery mempunyai tendency untuk membawa pendengar leka dengan pemainan gitar dan dram yang laju tak ingat (dan bermelodik!) dan menjalin brutality Tech-Death yang disorienting, menjadikan Debile Principium Melior Fortuna Sequatur satu release yang sebenarnya interesting untuk didengar terutamanya riff-riff yang bergulung macam dihempas tsunami. Dan ia bukan semata-mata technical tetapi memulas dan membanting pendengaran anda dengan secara ganas. Tapi saya sebenarnya mengharapkan kualiti rakaman could have been better. Tapi apa pun, it’s still a pretty good release.  

Bullets of Misery kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Defeated Sanity, Symbiotic in Theory, Necrophagist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected