Odium Humani Generis – Przeddzien [Full Length, 2020]

0

90s Black Metal adalah defining era untuk genre yang jahat, kelam dan terrifying ini. Jadi tak hairanlah sampai sekarang pun peminat Black Metal masih tegar worship sound dan produk yang sebegini. Band generasi baru seperti Odium Humani Generis dari Poland, jelas sekali memuja sound Black Metal Second Wave dengan vibe Melodic dan DSBM yang terselit. Ini jelas didemonstrasi dalam album penuh mereka yang berjudul Przeddzien yang diterbitkan melalui Cult of Parthenope.

Przeddzien menghidangkan 10 trek dengan 3 interlude yang pendek sekadar set the mood dengan bunyi ambient dan field recording di kawasan urban. Album ini membawa tema hidup di kawasan bandar yang menyebabkan tekanan perasaan. Aduh, heavy stuff rupanya, dan obviously tema ini dimanifestasi melalui karakter muzik yang dibawakan dengan riff yang melancholic dan hiba tapi marah. Feel depressive ini amplified pulak dengan style DSBM yang agak buzzing dan panjang-panjang durasinya. Letusan dram membanting bertalu-talu dengan vokal yang terseksa mengawangi kebanyakan trek. Saya okey saja dengan kualiti rakaman yang standard untuk album Black Metal. Tambahan pulak saya lebih gravitated dengan tema yang dibawakan.

Somehow Przeddzien jadi relatable dengan gaya hidup zaman sekarang; tinggal di high rise, hidup susah dan selalu terkejar-kejar yang akhirnya memakan emosi dan mental. Lepas dengar album ni saya pulak rasa stress, kena pulak MCO 2.0 baru bermula. Ini adalah soundtrack tekanan perasaan untuk urban dwellers, that if you can get by the long duration of the songs.

Przeddzien kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Mgla, Taake, Lifelover

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected