Nortavlaggh.377 – Demo 2021 [Demo, 2021]

0

Oh damn. Pertama sekali saya nak minta maaf kepada frontman Nortavlaggh.377 kerana overlooked demo beliau ini hampir 8 bulan. Sorry dude! Anyway, Nortavlaggh.377 adalah solo projek War Black Metal dari Singapura dan demo keluaran 2021 ini memakan durasi 18 minit.

Demo 2021 menjamu pendengar dengan irama War Black Metal yang chaotic dan destructive. Opening track aje dah berpesta blastbeat drumming dan permainan gitar yang membaraikan pendengaran. But don’t get me wrong, saya menyukai riffs yang ditampilkan; violent, memorable dan membangkitkan semangat. Ditambah pula dengan vokal yang sedikit diproses, Demo 2021 nyata mempunyai sound yang decent dan agak mantap sekalipun saya suakr nak mengagak sama ada dram direkod menggunakan manusia atau mesin kerana ada masanya terasa terlalu digitized. 

Nevertheless, it sounded pretty fitting dengan suasana kelam-kabut ditonjolkan dalam Demo 2021. Songwriting Demo 2021 jugak menepati standard War Black Metal (at least pada saya lah) iaitu pantas, relentless, dan terrifying namun berbunyi lebih clean daripada keluaran War BM lain di pasaran yang bingit tak ingat. Hey, at least bukan overproduced (walaupun saya masih tak puas hati dengan bunyi dram dalam demo ini). Saya menyukai Demo 2021 ini, honestly, kerana ia cukup simple, straight to the point, catchy dan paling penting, brutal. Ugh!

Nortavlaggh.377 kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Marduk, Infernal War, 1349, Diocletian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected