Predicate Not Defined – Intelligence Strive [Single, 2022]

1

Unit Progressive Death Metal dari Utara Malaysia, Predicate Not Defined kini kembali dengan single ‘Intelligence Strive’ yang menjadi teaser kepada EP mereka ‘Stronger Than Ever’ yang masih belum mempunyai tarikh keluar. Anyway, saya tidak familiar dengan hasil kerja mereka walaupun kami pernah beberapa kali mengulas dan menemuramah mereka (editor lain yang bikin, in my defense), jadi anggaplah ini opinion daripada a fresh set of eyes.

Intelligence Strive berdurasi hampir 5 minit dibuka dengan permainan keyboard yang spacey dan terawang-awang diikuti gitar yang perlahan-lahan building up disusuli dram, bass dan vokal. Dari segi idea dan stail, Predicate Not Defined mempunyai inspirasi daripada band-band USDM seperti Atheist, Death, Morbid Angel dan Hate Eternal yang didemonstrasi melalui riffs yang wicked lagi chunky dan jagged. Ada bahagian yang chugging mengingatkan saya kepada stail Hate Eternal yang pretty catchy. PND turut employ abrupt tempo changes yang buat saya sedikit geram dengan peralihan yang ‘kena’, dan ini turut didemonstrasi dengan pattern dram yang bertukar-tukar. Vokal sekalipun hanya sepesen, saya fikir cukuplah memberi feel berat yang sesuai.  

Namun single ini sebenarnya buat saya macam sedikit kecewa. Obviously kualiti Intelligence Strive adalah bertaraf pre-production dengan sound gitar yang tidak dipolished elok (sayang sekali sebab permainan gitar PND memang sick) dan dram yang berbunyi digital (sama ada diprogram atau menggunakan d-drum). Saya berharap ini tidak menggambarkan hasil kualiti akhir EP mereka nanti. Intelligence Strive mempunyai structure dan songwriting yang kukuh namun direncatkan dengan kualiti produksi yang below par. 

Intelligence Strive kini terdapat dalam format streaming digital.

FFO: Atheist, Death, Morbid Angel, Hate Eternal

1 thought on “Predicate Not Defined – Intelligence Strive [Single, 2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected