And Now The Owls Are Smiling – Epitaph [Full Length, 2022]

0

Saya sedang berkurung dalam bilik dan mendengar album terkini dan terakhir And Now The Owls Are Smiling berjudul Epitaph yang dikeluarkan melalui Clobber Records. Di waktu hujan lebat, emosi saya melebur dan keluar dari bilik dengan emosi berbaur tewas dan kecewa dengan hidup.

Seperti terbitan sebelumnya, Epitaph berkiblatkan Atmospheric Black Metal yang bercampur dengan Depressive Black Metal. Jadi anda boleh expect feel yang crushing dan hopeless dalam setiap trek, yang semestinya dipandu dengan sound Black Metal bermelodik dan harsh. Anda perlu manage expectation berkenaan kualiti overall sound album ini yang not really the best out there namun untuk standard Atmos-BM/DSBM kira okaylah. Untuk terbitan kali ini And Now… lebih kerap menyelitkan clean vocals (yang merintih) lelaki dan mournful female vocals bagi menambah perisa meruntun jiwa. Dinamik album ini menurun di pertengahan album yang berfokus kepada stail ballad-like dan kurang intense berbanding trek-trek terawal. Malah ada trek yang berbunyi bagaikan campuran early In Flames dan Dissection, but that’s just me. Perubahan dinamik dalam album ini tidak mencacatkan langsung experience saya, sebaliknya terasa lebih menyeluruh dalam menyampaikan idea Epitaph.

Epitaph adalah penutup chapters penuh sedih daripada And Now… yang dibuat dengan cemerlang dan heartbreaking. Daripada trek pertama yang agresif, kepada yang bercampur hopeful di pertengahan album dan berakhir dengan segalanya terasa kabur di penghujung, Epitaph merupakan the last nail in the coffin untuk perjalanan And Now The Owls Are Smiling yang tragis dan bleak, in a good way (I truly enjoyed the album!). Saya menghargai usaha band ini untuk memanifestasi perasaan yang hiba dan tertekan dalam bentuk muzik. Farewell!

Epitaph kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.

FFO: Woods of Desolation, Austere, Mist of Misery, Grift, A Forest Of Stars, Drudkh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected