Miseria Ultima – Witch Heart Apparition [EP, 2022]

0

Saya pernah ulas terbitan daripada Miseria Ultima sebelum ini. Semestinya saya memang enjoy dan kagum dengan stail Dark Electro/EBM bawaan kumpulan dari Finland ini yang mengimbangi antara catchiness permainan elektronik dan harshness vocalistnya yang rabak tak ingat. EP terkini mereka Witch Heart Apparition yang diterbitkan Alfa Matrix nampaknya masih mengulangi formula yang serupa. Ini merupakan teaser kepada album ketiga mereka akan datang.

Witch Heart Apparition sekadar menawarkan 2 trek original dan selebihnya adalah versi remix trek Caressing the Pale. Namun begitu, EP ini tetap menarik dilayan baik trek asli mahupun yang sudah remixed. Caressing the Pale mempunyai permainan synth yang bouncy, sekaligus menggalakkan pendengar untuk berdansa kepadanya sekalipun mempunyai vibe yang melancholic dan industrial. Macam biasa, vokal yang menjerit dan heavily processed mengiringi permainan synth menarik ini menjadikan trek Caressing the Pale cukup enak dilayan. Versi remix trek ini turut sedap didengar dengan pelbagai reinterpretasi oleh rakan EBM/Industrial/Aggrotech seangkatan. Ada yang heavily altered, ada yang diadun semula bagaikan lagu rock, ada yang electronic habis, pendek kata, semua gaya ada. Title track Witch Heart Apparition pula berbunyi lebih somber dan hening. Synth tidak begitu menggila sekalipun vokal heavily processed masih tetap ada. Ini adalah trek yang lebih mesra telinga dan kurang liar berbanding trek pertama.

Secara keseluruhan, saya menyukai EP ini dan memberi indikator album penuh akan datang berpotensi menjadi lebih catchy. Malas nak cakap banyak, I’m digging it. Let’s go!

Witch Heart Apparition kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Suicide Commando, Nachtmahr, VNV Nation, Priest, Psyclon Nine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected