Hierophant – Death Siege [Full Length, 2022]

0

Komando Black Metal/Hardcore Punk Itali, Hierophant baru saja mengeluarkan album terkini ‘Death Siege’ melalui Season of Mist. Death Siege menampilkan sound Black/Death Metal yang lebih devastating berbanding keluaran lepas.

Perkara pertama sekali yang sekali yang saya perasan adalah tone gitarnya yang tebal dan ditala rendah. Apabila semua instruments berjalan serentak, gitar berbunyi murky tapi tu lah, bunyik jahat betul. Death Siege menghidangkan suasana yang furious dan chaotic tak berhenti-henti dengan blastbeat berpesta meriah, vokal bergaung lagi berkahak. Basically, Death Siege membawa vibe yang negatif serta menganjur kemusnahan bertalu-talu right in your face dengan intensity yang backbreaking  Namun begitu ia masih mempunyai traces Punk dengan permainan yang sedikit sloppy dan mix yang tidak berapa refined di setiap trek dimainkan. Saya fikir this is fine memandangkan ia memberi kualiti human touch dan bukan overproduced. Death Siege mempunyai tendency untuk go violent dalam setiap trek, saya cuma berharap vokalis Hierophant executed with variety of styles (deep grunt dan shrieking, for example) untuk mewarnai feel album ini.

Namun Death Siege mempunyai kelemahan yang ketara iaitu everything sounds all the same selepas separuh album. I get it, banyak band mempunyai masalah yang sama. What could they do was actually to break the tracks  with short intros or something. Tapi tu cuma pendapat saya lah untuk memecahkan monotony of dynamics dalam Death Siege. Saya masih merasakan ia album yang mengancam dan garang, dan mungkin anda akan setuju dengan saya. Or not. 

Death Siege kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Iskra, Lucifyre, Diocletian, Teitanblood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected