No Good – Demo Kawe (2019)

0
Mungkin gua agak lambat untuk bercerita pasal band ini. Nama yang cukup catchy “No Good” sesuai juga dengan music nya yang catchy, straight forward, in your face tak payah nak selindung2. Sebenarnya No Good dan release Demo Kawe (2019) ini agak adalah sesuatu yang cukup fenomena. Bayangkan sebuah band yang tiba2 wujud, tanpa mengeluarkan format fizikal mudah dengar iaitu CD, hanya mengeluarkan kaset yang telah sold out setelah 3 kali pressing. Demo Kawe (2019) ini akan menyambut ulangtahun pertama nya pada 1 November 2020 ini.
Che Ali (Drums), Abe Yed (Guitars/Vocal), Yie (Bass)
No Good – Demo Kawe (2019)
Tracklist :
1 – Sek Kito Jange Pecoh (#SKJP)
2 – Kuat Nyetok
3 – Yak Boktey
4 – MahaDet
5 – Che Using
6 – Punk is D(e)ad
7 – Koya Biso
Demo Kawe (2019) melalui proses rakaman di ISeekMusic Studio dan pemiliknya Mokhtarizal bertanggungjawap dari segi engineering, rakaman, mix sehingga mastering.
Apa yang boleh gua huraikan mengenai Demo Kawe (2019) ini? Ia nya kedengaran seperti sebuah release yang jujur tanpa selindung2. Serius bercampur happy dan catchy. Dengan garapan music Punk (tidak 100% Punk), sedikit psychedelic, grunge sedikit, 70’s music dan kepelbagaian elemen yang dirojak menjadikan music No Good menarik dan tak lupa juga tarikan yang menambah karya mereka menarik adalah lirik yang menggunakan loghat Kelantan.
Demo Kawe (2019) yang sold out untuk pressing ketiga untuk versi kaset, dikeluarkan kembali dalam format 7 inch piring hitam dan masih belum nampak akan dikeluarkan dalam format cakera padat. Sila hubungi Vanilla Thunder Records (Singapore) untuk format 7 inch anda. Penggemar format digital boleh purchase dilaman bandcamp mereka.
No Good

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected