Katavasia – Magnus Venator (2020)

0
Band dari Greece ini kembali dengan album terbaru bertajuk Magnus Venator (2020). Masih kekal dibawah Floga Records, Katavasia tetap utuh dengan konsep music bawaan mereka iaitu Melodic Black Metal. Jika di teliti keunikan band2 dari Greece ternyata punya identiti tersendiri seperti Rotting Christ, Varathron dan seangkatan. Seperti apa yang dihasilkan melalui Sacrilegious Testament (2005) dahulu, album kedua ini masih kekal dengan sound2 Greece Black Metal seperti yang telah gua sebutkan. Baru sahaja terbit iaitu pada 4 September 2020, pendamba irama Black Metal Greece tidak harus sekarang memandang tanpa memiliki buah tangan terbaru Katavasia ini.
Dimitris K. (Guitars), Astrous (Guitars), Stefan Necroabyssious (Vocals), Achilleas C. (Guitars, Bass), Foivos (Drums)
Artwork adalah diambil dari ilustrasi catan air bertajuk The Prince of Darkness Dagol (Compendium Rarissimum, c. 1775)
Tracklist :
1 – Daughters of Darkness
2 – The Tyrant
3 – Blood Be My Crown
4 – Chthonic Oracle
5 – Saturnalia Magnus Cult
6 – Triumphant Fate
7 – Sinistral Covenant
8 – Hordes of Oblivion
9 – Babylon (Sammu-Rawat)
Magnus Venator (2020) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Suncord Audiolab, Ioannina, Greece oleh Achilleas Kalantzis kecuali rakaman drum dilakukan di Noisyland Recordings, juga di Ioannina, Greece. Untuk album kedua ini penulisan lagu adalah hasil perahan idea ketiga2 pemain gitar dan bass iaitu Astrous, Achilleas C. dan Dimitris K. Album ini turut menampilankan George Emmanuel (Lucifer’s Child, ex-Rotting Christ) yang diundang untuk solo gitar track berjudul “Hordes Of Oblivion”.
Seperti review album pertama yang pernah gua tulis 5 tahun dahulu, identiti Greek Metal adalah apa yang membuatkan setiap keluaran Katavasia menarik. Ia nya seakan satu nostalgia kepada golongan awal 90’s ketika dihangatkan dengan penangan Rotting Christ seluruh Malaya. Untuk Kavatasia, gua menggambarkan ianya masih utuh dengan sound Old Skool Greece Metal tetapi lebih kasar, keras dan jahat yang tidak menjurus kepada Black Metal yang dipenuhi blastbeat. Dan tidak hairan kerana separuh dari line up Katavasia adalah dari Varathron, antara nama besar Greek Metal dan disulami oleh line up dari band Experiment/Progressive Black Metal yang juga dari Greece iaitu Aenaon.
Dari segi sound produksi rasanya tidak perlu untuk dipertikaikan cuma perlu gua nyatakan ini adalah produk berstatus dan bertunjangkan Old Skool dan yang nyata tiada sound melambung2 seperti apa yang dilakukan band2 Modern Metal hari ini.
Magnus Venator (2020) dikeluarkan dalam 2 format utama fizikal dan digital. Untuk format fizikal beberapa keluaran seperti jewel case Cd (1000 unit) disertakan 24 pages booklet, limited 300 copies cassette dan 2 cetakan vinyl merah dan hitam untuk kuantiti 350 copies setiap warna. Sila dapatkan sebelum ianya kehabisan. Penggemar Greece Metal, ini adalah habuan untuk anda!
Katavasia
Floga Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected