GraveHammer – Voices From The Grave (EP2020)

0
Kami berpesta OSDM lagi! Kali ini sebuah release tempatan dari Tawau, Sabah band bernama GraveHammer antara pejuang OSDM yang harus diberi perhatian. Tampil dengan sebuah promo 2 buah lagu sekitar suku pertama 2020, sebelum Voices from the Grave (EP2020) released pada 4 Ogos 2020 dibawah label Necrolatry Records (Malaysia).
Shyxxxul (Bass/Vocals), A. Deztruxtor (Guitars/Drums)
Artwork oleh Demonslaught / Ironworx Gravefix
Tracklist :
1 – The Gravehammer
2 – Force of Darkness
3 – Horrible Prophecies
4 – Darkness Plague of World
Melalui cover sleeve, dinyatakan Voice from the Grave (EP2020) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Zyklon Studio.
4 buah track yang dihidangkan melalui release terbaru ini ternyata memenuhi nafsu penggemar OSDM yang “agresif”. Ini bukan band yang menggunakan mid-tempo sebagai medium komposisi tetapi tahap adrenalin yang tinggi adalah apa yang dipersembahkan sebagai karya ciptaan mereka. 
Sound HM-2 adalah trademark music bawaan GraveHammer. Ini adalah sesuatu yang wajib kami perjelaskan mengenai GraveHammer. Tidak banyak beza jika anda penggemar Death Metal yang bingit dengan ketajaman sound guitar dan paluan drum yang jarang memberi ruang kosong. Vocal adalah elemen yang memberi “kelainan sedikit” dari kebiasaan apa yang anda pernah dengar dari kebiasaan untuk jenama OSDM yang agresif.
Voices from the Grave (EP2020) boleh diperolehi dalam 2 format utama iaitu digital yang boleh anda purchase melalui laman bandcamp label Necrolatry Records atau limited 200 copies cassette/tape yang juga boleh dibeli melalui label penaung. Dapatkan Voices from the Grave (2012) sebelum ianya tinggal habuk!!! OSDM maniac, ini adalah habuan kepada nafsu serakah anda yang semestinya buasssss!!!
FFO : Lavatory (Malaysia), Dismember.
GraveHammer
Necrolatry Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected