Mahsuri – Iver Iver [Single, 2023]

0

Mahsuri, unit Alternative/Pop Rock Kuala Lumpur telah mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul ‘Iver Iver’ pada Januari 2023. Sebelum ini Mahsuri telah menerbitkan 2 single dan ternyata Iver Iver mempunyai kelainan yang menjadikan ini effort mereka yang paling menarik so far.

And true enough, the single itself is somewhat a love manifesto yang kuntum, penuh dambaan dan jiwang to the max yang bikin pendengar naik bulu roma dan hanyut dalam keinginan bercinta (waduh!).

Sebelum dengar single ini, saya cuba mencari maksud Iver Iver but turned out tak wujud pun istilah ini. Menurut press release mereka, Iver Iver ni merujuk kepada kekasih hati lah lebih kurang. And true enough, the single itself is somewhat a love manifesto yang kuntum, penuh dambaan dan jiwang to the max yang bikin pendengar naik bulu roma dan hanyut dalam keinginan bercinta (waduh!). Mahsuri menjalin lirik cinta yang syahdu-syahdu hangat dengan permainan muzik yang berpengaruhkan Latin, Jazz, Bossa Nova dan sedikit Alternative/Pop santai membawa imaginasi pendengar ke bar yang penuh dengan asap rokok, bartender yang rambut disikat rapi ke belakang dengan suasana pencahayaan yang moody. Boleh bayang? Good.

Adakah ini muzik latar untuk courting rituals aka dating? Could be!

Let’s talk about the theme. Saya berkenan dengan liriknya yang beria-ia menabur janji dalam obsesi memiliki si pemilik tubuh yang tak bernama (kita panggilnya kekasih lah ye untuk mudahkan cerita) yang dimanifestasi dalam nyanyian dengan feel yang somehow menggoda. Ditambah pulak dengan jalinan muzik yang sexy menampilkan horns, strings dan gitar yang lazat tanpa perlu menjadi loud. Malah muzik Mahsuri kali ini memberikan stark difference berbanding single-single mereka sebelum ini. Adakah ini muzik latar untuk courting rituals aka dating? Could be! It’s light, it feels warm and fuzzy inside. I guess kalau yang bercinta ni dengar Iver Iver pasti akan terasa ‘eh lagu ni pasal aku ke, damn!’ But somehow untuk saya, Iver Iver memberi vibe ‘ini semua janji lelaki gatal yang konon nak give you the world but turns out to be a full-on douchebag once he got into your pants’. But maybe that’s just me because seems the lyrics and music projects a too good to be true promise. But yeah, the single is catchy. It’s nicely produced. Feelnya pun sampai, but that also depends on your point of view. Enjoyable nonetheless. Tapi saya juga fikir ini adalah progress yang baik daripada single-single mereka sebelum ini.

Iver Iver kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: Radiohead, M. Nasir, Arctic Monkey, Jeff Buckley, Amy Winehouse, Sheila Majid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected