Inhuman – Barabesi (2020)

1

Jika diikutkan Inhuman telah wujud pada 1990. Tanpa sebarang release rasmi sehingga menghilang untuk satu jangkamasa 2 dekad, Inhuman muncul dengan sebuah release berjudul Awaked at World’s End (EP2015). Untuk tempoh 5 tahun berlaku lagi beberapa permasalahan seperti pertukaran line up dan komitmen luar namun dengan memilih Rockstage Entertainment, menjadikan Barabesi (2020) menjadi realiti full length rasmi pertama berjaya juga dikeluarkan setelah usia band ini sudah mencecah 30 tahun.

Zamri Salleh (Drums), Shafie Ahmad (Drums), Fen Malique (Guitars/Vocals), Ishan Yusoff (Guitars)
Cover artwork oleh Kebayan Design
Layout oleh Shah Zaini (Farasu)
Tracklist : Sickening Threat Part I (Intro)
2 – Breathe in Fire
3 – Barabesi
4 – Black Flag Rise
5 – The Lost Tribe
6 – Conqueror
7 – Show No Remorse
8 – Awakening
9 – At World’s End
10 – Sickening Threat Part II (Outro)
Barabesi (2020) melalui proses rakaman di Studio One Studio manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Fen Malique di Studio One.
Inhuman – Conqueror
Sepatutnya Barabesi (2020) mendapat liputan hebat dan media2 perlu menyebarkan akan kelahiran album ini. Secara peribadi gua beranggapan, Barabesi (2020) adalah sebuah produk yang bagus dari segi penulisan lagu dan konsep bawaan music yang agak sedikit lain jika ingin dibandingkan dengan band2 di malaysia. Walaupun masih keras dengan akar Thrash dan Death Metal, track2 terkandung didalam album ini punya kekuatan dari segi groove dan penciptaan riffing guitar yang bagus. Pengaruh Pantera dan Death paling kuat dapat dihidu selain bau2 Kreator, Pestilence (ada jugak bunyi2 seakan band ini), Slayer dan band2 beraliran Old Skool Death Metal. Dominasi untuk album ini adalah pada riff guitar yang pelbagai. Selain itu (masih dengan riffing) perubahan riffing yang mengejut adalah sesuatu yang “mahal” dan ini mengingatkan gua pada album Vindication dari band Susperia satu ketika dulu.
Dari segi teknikal bunyi, Barabesi pasti akan lebih meletup jika mendapat khidmat sentuhan sound engineer yang profesional. Mungkin memerlukan pelaburan lebih dari segi kewangan untuk hal ehwal begini. Ok, dari segi instrument gua seakan pasti track drum adalah dari penggunaan digital drum. Sound yang kurang organik dari keaslian drumset sebenar. Dari segi permainan tiada cacat cela. Tone gitar bersesuaian dengan konsep Thrash Death Metal yang dibawa Inhuman.
Barabesi (2020) boleh di beli dengan harga RM35 by hand atau sila berhubung dengan Rockstage Entertainment untuk pembelian secara pos. Dapatkan Barabesi sebelum ianya kehabisan. Dan kepada pendokong Old Skool Thrash Death Metal, ini adalah buah tangan untuk anda. Barabesi (2020 ulangtahun ke 30 tahun Inhuman.
Inhuman
Rockstage Entertainment

1 thought on “Inhuman – Barabesi (2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected