Sylvaine / Unreqvited – Time Without End [Split EP, 2020]

0

Split album Sylvaine dan Unreqvited berjudul Time Without End baharu sahaja diterbitkan melalui Prophecy Productions 10 Januari lalu. Dengan hanya 4 trek sahaja, split ini terasa cukup pendek namun indah dengan approach akustik daripada Sylvaine dan instrumental gaya Post Metal garapan Unreqvited.

Sylvaine memilih menjadi minimalis dengan sekadar mengalunkan suara diiringi piano dalam trek pembuka ‘No More Solitude’, memberikan feel sayu dan sepi. Tiada yang fancy, cuma diselitkan multi layered vocals di beberapa tempat. Gaya vokal sedikit echo-ey mengingatkan saya kepada Narsilion. Manakala ‘Falling’ lebih kepada nyanyian separa berbisik dan gitar yang bergema persis post-rock tanpa sebarang percussion. Jika ‘No More Solitude’ seakan-akan bernyanyi melankoli, ‘Falling’ bagaikan pasrah dengan suratan takdir.

Unreqvited mengingatkan saya kepada Lustre. Trek ‘Interwoven’ mempunyai feel sublime dan uplifting hasil wordless singing daripada Sylvaine dan permainan keyboard yang mengambil peranan major. ‘Meadows of Elysium’ tak malu-malu untuk menunjukkan ciri-ciri tipikal Blackgaze: gitar ritma yang loud, dram yang bertalu, lead gitar yang bergema konsisten dan keyboard yang lush. Macam Violet Cold dan Alcest pun ada.

Saya agak impressed dengan kualiti split ini. Baik Sylvaine atau Unreqvited, kedua-duanya mempunyai trek yang memorable. Ada bagusnya split ini sekadar 4 trek. Tak perlu ada filler tracks! Masih terlalu awal untuk mengatakan release ini boleh jadi best release untuk 2020, yang saya tahu saya hari-hari stream split album ini!

FFO: Alcest, Lustre, Narsilion, Violet Cold.

#review #splitalbum #timewithoutend #unreqvited #sylvaine #postmetal #atmospheric #ambient #melancholy #uplifting #prophecyproductions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected