Hereafter – Insignia (2017)

1

Hereafter merupakan antara band2 yang aktif memperjuangkan irama Thrash Metal di bumi Malaysia amnya. Mereka yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur dilihat antara band yang semakin serius memeriahkan industri music bawah tanah negara. Dalam tak sedar sepanjang penubuhan bermula 2007, mereka telah menghasilkan sebuah demo, 2 split dan 3 buah album. Album ketiga berjudul “Endcient” yang muncul pada 2012 agak memeranjatkan dengan penghasilan pakej profesional dari segi sound produksi dan packaging cd. Ia juga diberitakan telah sampai ditangan pakcik Tom Angelripper. hahaha.. Ok, terkini mereka muncul dengan album ke 4 berjudul Insignia. Masih mengekalkan konsep yang sama dan release ini dikeluarkan bersama oleh 3 buah label iaitu Witchhunter Productions (Thailand), Evildead Productions (Malaysia) dan Bullwhip Records (Malaysia).

Cover artwork under permission by Filip Dudek
Inlay oleh Ahmad Raimi
Tracklist :
1 – The Continuum
2 – Command Centre
3 – Trilateral Insigma
4 – No Return From A Life
5 – Cosmic Confusion
6 – The Signs Of The Dead
7 – Shit To The Max
8 – Future World (Helloween Cover)

Insignia (2017) melalui proses rakaman di I Seek Studio oleh Mokhtarizal dan Hereafter sendiri. namun proses mix, mastering dan arrangement dilakukan oleh Dark-E (Silkhannaz, Dissectomy, Vociferation Eternity). Proses rakaman ini bermula dari 2016 sehingga 2017.

Sepanjang CD ini dimainkan gua boleh katakan pengaruh paling besar tak lain tak bukan ialah Sodom. Selain itu tetap ada bau2 Sepultura zaman kurus, Municipal Waste dan sikit2 Destruction. Dari old Skool Thrash, Crossover, Teutonic sehingga ke Power Metal. Kepada yang gila kelajuan Teutonic Thrash mungkin terpaksa menunggu sehingga track ke 6 dan Shit To The Max adakala rasa macam dengar lagu Carburetor Dung dari album Songs For Friends (1993). hahaha.. Lagu ini sesuai kalau di sing along oleh crowd kalau dimainkan live. Tak sangka pulak Hereafter boleh bikin lagu macam ni. hahahaha.. Hereafter masih mengekalkan tradisi menyelitkan sebuah cover songs dalam release2 mereka. Jika sebelum ini Living After Midnight (Judas Priest), Holy Wars… The Punishment Due (Megadeth), City of God (Sodom), Welcome Home (King Diamond) pernah dirakam, untuk Insignia mereka menghadiahkan sebuah cover dari Helloween bertajuk Future World.

Untuk kepuasan sound produksi gua bagitau awal2 tak perlu lah rasa curiga. Rakaman oleh Mokhtar dan mix, mastering oleh Dark-E. Dua nama yang cukup terkenal dalam bab rakaman. Hasil akhir yang cukup perisa dan memang ditahap membanggakan. Jual oversea pun rasa bangga weiii.. Ok sebelum gua lupa, rasanya tone gitar, drum lebih bagus dari album terdahulu. bass gitar sebegini adalah kegemaran gua. Lemak berkrim dan bleh dengar setiap note bila running chord dimainkan.

Ok, track pilihan gua : The Signs Of The Dead, Shit To The Max (lirik macam celaka kahkahkah..), Future World.

Kepada yang mahukan kelainan mungkin anda tak akan jumpa melalui CD ini, tapi kalau mahukan sesuatu yang kerek, sesuatu yang rancak dan mampu buat anda menari ronggeng, Insignia adalah jawapannya. Hubungi Hereafter untuk mendapatkan Insignia dengan harga RM25 by hand atau RM32 by postage. Peminat Thrash Metal baca saja ke???? Tunggu apa lagi??? Ini wajib ada dalam koleksi anda!

Hereafter
Email
Facebook
Blogspot

Witchhunter Productions (Thailand)
Email
Facebook

Evildead Productions (Malaysia)
Email
Facebook

Bullwhip Records (Malaysia)
Email
Blogspot

1 thought on “Hereafter – Insignia (2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected