Forlesen – Hierophant Violent [Full Length, 2020]

0

 

Forlesen merupakan band Psychedelic Doom Metal dari Bay Area, AS. Hierophant Violent adalah terbitan pertama mereka yang dikeluarkan oleh Hypnotic Dirge Records pada 18 April 2020.

 

Walaupun Forlesen sebagai formasi band adalah baru tetapi line-up mereka terdiri daripada pemuzik berpengalaman dan established seperti daripada Kayo Dot, Botanist dan Maudlin the Well. Jadi anda boleh expect terbitan ini sebagai well made dan bukan separuh masak.

 

Hierophant Violent hanya menawarkan 2 trek yang memakan durasi hampir setengah jam, sesuatu yang boleh dijangka dengan keluaran Doom Metal. Saya bukan jenis yang boleh fokus dengan lagu panjang-panjang ni tapi Hierophant Violent buat saya terpaku sehingga habis. Saya mendapati gabungan pelbagai stailnya daripada Post-Metal, Ambient, Psychedelic, Doom dan sedikit gaya Epic serta Black Metal berjaya disatukan menjadikan ia tidak bosan.

 

Saya juga menyukai mood yang ditampilkan dalam terbitan ini yang nyata bukan hentam keromo. Setiap trek diberi build-up sewajarnya, dan transition mood terasa natural, daripada build-up yang brooding kepada crescendo Post-Metal bersalut Black Metal hinggalah kepada synth yang terasa ala Burzum era Varg dipenjarakan (atau sebenarnya macam Pink Floyd? Entahlah). Kedua-dua trek ini terasa padat, grand, beautiful dan puas didengari membuatkan saya agak terbuai melayan Hierophant Violent.

 

Ini adalah terbitan untuk pendengar Metal yanng sukakan muzik mereka bertekstur dan detailed serta inginkan mood yang build-up sebelum meletus di kemuncak. Hierophant Violent terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

 

FFO: Low, Leviathan, Skepticism


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected