Medico Peste – ב :The Black Bile [Full Length, 2020]

0

 

Kumpulan Black Metal dari Poland, Medico Peste telah mengeluarkan album penuh kedua mereka pada 20 Mac 2020 melalui Season of Mist. Album berjudul ב :The Black Bile ini menawarkan 7 trek berperisa Black Metal yang bikin jiwa tak berapa nak tenang selepas mendengar.

 

Jika anda mengharap terbitan ini seperti Polish Black Metal anda biasa dengar seperti Behemoth, Mgła atau Infernal War (sekadar memetik beberapa nama), anda mungkin akan kecewa. Namun, kalau anda ingin meluaskan selera muzik, album Medico Peste ini adalah jawapannya!

 

Terbitan ini menawarkan Black Metal yang psikotik dan torturous, baik dari segi lirik mahupun approach muziknya. Terdapat gaya dissonant merata-rata dalam 7 trek ini yang memberi vibe yang disturbing sekaligus menggambarkan tema album ini yang berkisar tentang keadaan mental yang parah, selain berbaur nihilistik. Boleh terasalah mental jadi kacau-bilau dengan vokalisnya terlolong perit.

 

Anda masih boleh menjumpai sentuhan Black Metal yang familiar, tapi diperkayakan dengan elemen di atas. Elemen bukan metal juga turut boleh didengari seperti jazz, post-punk dan avantgarde menjadikan ב :The Black Bile bagaikan satu kolaj yang bertampal pelbagai material.

 

Persoalannya, adakah ia accessible? Sekalipun ia tak berapa avantgarde yang pelik macam Blut Aus Nord atau pun Arcturus, ia masih ear friendly kepada pendengar kasual Black Metal (melainkan anda trve dan hanya stick kepada Darkthrone zaman pra-Metal Punk mereka). Pendek kata, bolehlah dibawa dengar sekalipun tema mereka ni macam di luar piawai Black Metal.

 

‎ב :The Black Bile terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital melalui Season of Mist.

 

FFO: Deathspell Omega, Blaze of Perdition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected