Fathulistiwa Soundscapes – Infectious Maggots 1992 – A Tribute Farewell (2017)

0

Fathulistiwa Soundscapes merupakan projek solo ex-frontman Infectious Maggots iaitu Fathul. Ini merupakan album kedua beliau yang pada awalnya hampir menggunakan nama Infectious Maggots namun di fasa akhir kembali menggunakan nama Fathulistiwa Soundscapes. Terlebih dahulu Romantikarat (KLIK UNTUK BACA) yang lahir pada 2006, (menurut Fathul berkonsep “Pop Pontianak”,) dan beliau kembali memegang posisi vocalist bersama Infectious Maggots untuk persembahan pentas. Kelahiran Infectious Maggots 1992 – A Farewell Tribute (2017) adalah album terakhir beliau yang secara rasmi nya telah mengundur diri dari Infectious Maggots. Album ini dikeluarkan oleh Orang Utan Productions.

Art director/front cover dan illustrasi oleh Fathul
Design/Konsep dan fotografi oleh Ihwan “Bob” Ismail
Tracklist :
1 – Ice Cream Butterfly
2 – AK240185
3 – Annihilation of Self
4 – Govenor Gibberish
5 – …. How to Reduce Stress
6 – …. And Be Happier Today
7 – Sky Blue Sky
8 – At War War With….
9 – Why(?) Tempur Terus
10 – Organized Chaos
11 – Farewell, Goodbye Takes Forever
12 – …. Suka Makan Dengan Abbi
13 – Ghaib (Sykogroove)
14 – Twinkle X2 (Sykogroove)
15 – Ice Cream Butterfly (Minus One)
16 – Annihilation of Self (Minus One)
17 – …. How to Reduce Stress (Minus One)
18 – Sky Blue Sky (Minus One)
19 – Why(?) Tempur Terus (Minus One)

Infectious Maggots 1992 A Farewell Tribute (2017) melalui proses rakaman di Betarecs. Kesemua track adalah ciptaan Fathul dimana beliau turut bertindak sebagai producer manakala Ahmad Abdullah selaku executive producer dibantu oleh Jack Jafni yang turut bertindak sebagai sound engineer. Beberapa pemuzik terlibat sebagai sessionist untuk rakaman ini seperti Fathul sendiri untuk section synth dan loops, John Castro untuk rakaman gitar dan drum programming, Amad dan Jack Jafni untuk rakaman bass. Max Sayuthi (Cryo Inferno) dari Studio Koman turut menyumbangkan blast beat drum untuk track “…. And Be Happier Today”. 2 track bertajuk “Ghaib (Sykogroove) dan Twinkle X2 (Sykogroove) melalui proses remix oleh Syko G. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Jack Jafni di Uncle’s Productions.

Sepanjang CD ini diputar, gua beranggapan album ini masih punya sikit2 sound Deep Within (album pertama) walaupon album A Tribute Farewell ini menggunakan drum loops sepenuhnya. Growl dan scream dari Fathul mungkin tidak keterlaluan seperti apa yang dilakukan terdahulu. Gaya penyampaian vocal Fathul masih mengekalkan apa yang dilakukan untuk album Romantikarat (2016). Seperkara yang menarik adalah kombinasi suara yang mampu dilakukan Fathul terdapat sepenuhnya didalam album ini. Pengaruh electronica masih jelas dengan penggunaan synth dan loops sepanjang lagu. Album ini pada pendapat gua, lebih bersifat “Fathul” itu sendiri. Tidak terlalu “Deep Within…”, lari dari “Besi Karat Simfoni”, lebih santai, tidak terlalu “Atari Teenage Riot” atau “The Prodigy” dan tiada bedilan snare 250bpm walaupun gua teringin dengar growl Fathul untuk track “…. And Be Happier Today”.

Ya, seperti yang gua tulis diatas, album ini lebih bersifat santai dan melodi2 yang terdapat dalam lagu2 kedengaran “segar” untuk beberapa part korus amnya. Nampak seakan Fathul masih mampu menghasilkan lagu2 bermelodi catchy seperti yang dilakukan bersama Spiral Kinetic Circus. Selain itu, jika diteliti setiap track bervocal diselang seli kan dengan track pendek seperti track2 berangka genap sebelum Fathul membuka mulut (nyanyi) untuk track2 berangka ganjil. Selain itu 5 buah lagu bersifat “minus one” turut disertakan. Boleh lah kalau para pendengar nak berkaraoke.. Hahaha..

Dari segi sound produksi, tidak perlu disanggah kerana ini produk yang clear dan bright. Masih berada dalam keseimbangan yang baik untuk mixing setiap instruments. Mungkin tone gitar tidak terlalu berat, dan gua jangka ini untuk kesesuaian keseluruhan album ini yang tidak menjurus kepada grindcore Infectious Maggots.

A Farewell Tribute 1992 Infectious Maggots (2017) dikeluarkan secara pakej double CD bersama album pertama Romantikarat (Remastered 2017) dan dijual dengan harga RM69.00 (Semenanjung) dan RM74.00 (Sabah/Sarawak). Untuk pesanan limited edition 300 unit pertama akan disertakan 1 unit kaset “A tribute farewell – Chosen Few” beserta sebuah poster bersaiz A3. Pengikut Fathul digalakkan mendapatkan album ini yang mana sebenarnya boleh saja didapati seluruh tanahair (melalui marketing method oleh fathul) atau berhubung secara terus dengan fathul melalui laman email dan facebook beliau yang disertakan dibawah. Ok sebelum itu boleh kiranya layan sedikit preview untuk album ini. Tempur Terus!!!

Fathulistiwa Soundscapes
Email
Facebook (Fathulistiwa Soundscapes)
Facebook (Fathul)

Orangutan Productions
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected