Plague Throat – The Human Paradox (2017)
Semenjak bekerjasama dengan sebuah label dari India iaitu Transcending Obscurity untuk urusan promosi band di sini, kami sedia maklum peningkatan mendadak band2 dari India seperti Demonic Resurrection, Darkrypt, Wired Anxiety, Carnage Inc dan beberapa lagi. Terkini agak mengejutkan sebuah band beraliran Death Metal bernama Plague Throat yang bermastautin di Shillong, Meghalaya India, tampil dengan sebuah full length bertajuk The Human Paradox (2017). Release ini secara rasminya akan dikeluarkan oleh Transcending Obscurity pada 30 May 2017. Sebagai penutup mukadimah, gua boleh katakan album ini patut mendapat highlight dari serata dunia kerana ia nya satu album yang punya pakej lengkap dari segi music yang bagus, rakaman yang meletup dan definisi Death Metal itu benar2 dirasai dari apa terkandung didalam album ini.
Malice (Drums)
Jerry Nelson Ranee (Bass)
Tracklist :
1 – Inherited Failure
2 – Dominion Breach
3 – Fallible Transgression
4 – The Human Paradox
5 – Hour of Darkness
6 – Corporeal
7 – Truth in Silence
8 – Conception Subjection
9 – Conflict Resolution
10 – Ma Nga
Difahamkan The Human Paradox (2017) melalui proses rakaman dan penerbit bagi album ini ialah Ashwin Shriyan. Melalui beberapa interview dilakukan, frontmen iaitu Nangsan menyatakan proses rakaman dilakukan oleh Ashwin Shriyan menggunakan home studio sahaja. Album yang sepatutnya dikeluarkan oleh Incanned Production ini akhirnya dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Productions. Tambahan info, Daniel Kenneth Rego yang merupakan bekas pemain gitar Demonic Ressurection turut menyumbangkan solo gitar untuk track bertajuk “Conception Subjection”.
Seperti yang dinyatakan pada perenggan awal, The Human Paradox ternyata mengejutkan gua dengan kualiti music ciptaan, sound produksi dan rencah Death Metal ramuan Plague Throat. Mungkin mastermind iaitu Nangsan perlu diberi perhatian oleh metallers diluar sana kerana bakat, kerja keras, skill dan permainan beliau yang jitu. Kredit yang besar kepada beliau dan tak lupa kepada drummer Malice yang gila membanting tulang sebagai latar dalam penciptaan material2 Plague Throat. Ok, sebelum terlupa Plague Throat adalah antara band dari India yang pernah beraksi di Wacken Open Air 2014.
Bercakap mengenai album The Human Paradox, ianya pada gua merangkumi pakej Death Metal itu sendiri. Teknikal, brutal, progressive, blast-beat semuanya termaktub dalam penulisan lagu2 mereka. Jika mahu di senaraikan pengaruh2 mungkin gua boleh nyatakan Cannibal Corpse, Morbid Angel, Nile, Origin, Suffocation, Vader sebagai antara pengaruh jika dihidu secara teliti. Mereka berada di antara Old Skool dan Modern Death Metal. Gua pasti jika promosi besar-besaran dilakukan Plague Throat bakal menjadi sebuah band besar satu masa nanti.
Gua tak dapat nak nyatakan pilihan track terbaek kerana untuk setakat ini (6-7X spin) kesemua lagu punya kekuatan tersendiri. Ok, belum jemu!
Kenali Plague Throat melalui laman sesawang yang kami sertakan. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung directly dengan Plague Throat atau Transcending Obscurity Production. Akhir kata kepada yang berpegang kepada panji Death Metal, band ini perlu ada tersenarai dalam data otak anda. Ini bukan sebarangan band!
Plague Throat
Email
Facebook
Bandcamp
Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook