Hateful – Set Forever on Me [Full Length, 2020]
Setelah mendengar banyak album melodic, epik dan doom minggu lepas, saya sangat gembira untuk kembali mendengar Technical Death Metal dalam bentuk album terkini band dari Itali iaitu Hateful berjudul ‘Set Forever on Me’. Diterbitkan melalui Transcending Obscurity, album ini menghidangkan 11 trek Tech Death yang tiada belas kasihan tapi cukup lazat berseni.
Saya menyukai kualiti produksi Set Forever On Me yang terasa seimbang antara instruments dan vokal. Pujian patut diberi kepada tone gitar yang crushing dan noodling across fret board tanpa perlu memecah gegendang telinga dan sound drum yang crisp clear. Vokal pula cukup garang dengan snarl yang bertenaga dan surprisingly, intelligible yang mengingatkan saya kepada Frank Mullen.
Satu lagi, saya perlu menyatakan yang kebanyakan trek di dalam ini cukup catchy on its own, dan saya rasa ini adalah hasil songwriting yang well thought dan obviously kreatif walaupun dengan tempo yang meribut! Saya kira ini adalah album yang all killer, no filler. Buktinya, 40 minit playtime terasa kejap berlalu. Saya berpendapat ia catchy kerana terdapat keseimbangan antara brutality dan teknikaliti yang ditunjukkan dalam album ini. Jadi semuanya just nice, headbangable dan juga boleh menghargai skill yang ditayangkan. Mungkin contender untuk AOTY, siapa tahu?
Set Forever on Me kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital
FFO: Suffocation, Spawn of Possession, Deeds of Flesh, Origin