Gonemage – Handheld Demise [Full Length, 2022]

0

Bagaimanakah muzik Black Metal berbunyi jika bebas daripada gatekeeping dan sikap trve? Anda akan dapat Gonemage, sebuah projek Black Metal/Chiptune dari AS. Gonemage melanggar semua ciri konvensional Black Metal dan menggabungkan stail Chiptune (buat yang tak familiar, bayangkan bunyi Game Boy anda) yang buat mana-mana elitist pening kepala. Album terkininya Handheld Demise diterbitkan melalui Xenoglossy Productions, Weregnome Records dan Fiadh Productions.

Handheld Demise menyenaraikan hampir 44 artis jemputan untuk beef up terbitan ini dan menyelami dunia fantasi buatan frontman Gonemage. Semestinya dengan kehadiran sound Chiptune, Gonemage mendapat inspirasi daripada permainan video klasik. Mungkin akan ada mempersoal gabungan Black Metal dan Chiptune bagaikan air dan minyak. Sebenarnya, ia bukanlah Black Metal in purest form, malahan saya berpendapat sound Chiptune lebih mendominasi dengan sound Black Metal adalah minimal dengan kehadiran gitar yang harsh, vokal yang meliar antaranya. Malah Handheld Demise pun bukanlah Chiptune in its entirety. Trek 6 umpamanya, terasa seperti lagu Post-Rock dengan SFX elektronik booming kiri-kanan. Gaya ini kadang-kala muncul di sebalik huru-hara sound barai Black Metal dan Chiptune yang menarik hati (dan juga nostalgia untuk saya).

Ada beberapa trek yang interesting untuk saya layan dalam album ini. Padanan Chiptune yang nostalgic dan cubaan memasukkan sound necro Black Metal pada saya so-so sahaja, tidaklah cemerlang namun tidaklah membosankan sangat. Handheld Demise terasa seperti vanity project dibuat bersama kawan-kawan untuk dilayan di party hujung minggu. Untuk pendengaran santai!

Handheld Demise kini terdapat dalam format  kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Homeskin, Cara Neir, Oxtobox, Lamp of Murmuur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected