Fleshdriver – Leech [EP, 2020]

0

Jarang saya menemukan terbitan bertaraf demo yang mengujakan pendengaran. Rata-rata demo selalunya memiliki kekurangan dan sekadar mendemonstrasi idea tanpa memiliki kualiti dan kemampuan yang memuaskan.

Namun demo daripada band Old School Death Metal dari AS ini buat saya dropped everything, listened to it sampai habis! Fleshdriver merupakan band baharu yang nampaknya worship tone gitar gergaji ala Sunlight Studio melalui demonya berjudul Leech diterbitkan oleh Redefining Darkness Records. Ugh, kasar dan crushing!

Saya menyukai demo Leech yanng did everything right to sound like a proper OSDM; tone gitar yang chunky, drumming yang punkish, vokal berkahak ditambah dengan sentuhan Fleshdriver untuk menjadikan Leech satu demo yang enjoyable and worth your money. Maknanya mereka bukan sekadar menunjukkan konsep, tetapi memberi approach sedikit berbeza daripada keluaran OSDM kita biasa dengar.

Yang menariknya, semakin demo ini menemui penghujungnya, semakin galak pulak mereka bereksperimental. Trek ketiga, Kingdom of Rat menampilkan klasik OSDM tetapi menyelit chug chug breakdown di penghujung lagu yang headbang inducing! Trek keempat pula, Morte Agitur menggabungkan stail Gothenburg Melodic Death Metal dengan tone HM-2 pedal! 2 stail Sweden dalam satu lagu? Yes, please! Trek kelima, The Golden Calf pula menyelitkan teknik divebomb dan riffing Groove Metal yang buat anda pelik tapi terikut-ikut dengan feel lagu tanpa sedar.

Ini adalah terbitan bertaraf demo yang impressive. Saya memang rekomen kepada kaki OSDM yang ingin cuba sesuatu yang berlainan daripada OSDM yang biasa didengari. Saya pasti anda pun akan turut layan dan kagum dengan Leech.

Leech kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Entombed, Grave, Nihilist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected