Enshadowed – Stare into the Abyss [Full Length, 2020]

0

Umum mengetahui scene underground global banyak terinspirasi (atau terhutang budi?) kepada second wave Black Metal yang nyata melonjakkan Black Metal ke mata umum. Scene dari Norway, Sweden, Finland, hinggalah Switzerland dan Greece masing-masing menyumbang kepada second wave ini.

Sebut tentang Greece, Enshadowed merupakan sebuah band Black Metal dari sana. Tanggapan pertama saya tentang album Stare into the Abyss keluaran Odium Records ini adalah mereka mungkin main stail Hellenic Black Metal kot. Rupanya salah! Enshadowed nampaknya lebih berkiblatkan Black Metal gaya Scandinavia; laju teramat dengan feel yang evil melimpah-ruah. 

Permainan gitar yang sinister bersulam drumming rabid tak ingat mampu membuatkan mana-mana mat Metal untuk naik hairan; band Greece Black Metal tapi stail Norwegian??? Tapi memang layan, terutamanya jika anda peminat sound Black Metal second wave. Dan dinamik album yang tak reti nak berehat memberi anda pukulan demi pukulan sehingga trek terakhir. No rest for the weak!

Saya menyukai Stare into the Abyss yang mengingatkan saya kepada Mayhem, Satyricon dan Marduk pada zaman kemuncak mereka.

Ini adalah Black Metal yang tight dan garang, bukan Black Metal lo-fi dengan permainan sloppy yang berdesing. Sungguhpun sukar nak membezakan antara trek kerana elemen blastbeat yang meriah, saya menganggap ini album yang enak dilayan, terutamanya trek terakhir yang kaya dengan melodi yang jahat. Dengar Enshadowed kalau anda into Black Metal second wave.

Stare into the Abyss kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Mayhem, Satyricon, Marduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected