Disavowed – Revocation of the Fallen [Full Length, 2020]

0

Unit Brutal Death Metal Belanda, Disavowed akhirnya kembali dengan album penuh terkini berjudul Revocation of the Fallen pada 3 Ogos 2020 melalui Brutal Mind. Ini merupakan terbitan penuh selepas kali terakhir mengeluarkan Stagnated Existence pada 2007. Lama jugak mereka diam ye.

Revocation of the Fallen melalui 10 treknya menawarkan Brutal Death Metal yang chunky, chuggy, pecah muka dan bagai dipijak-pijak tanpa belas ihsan. Album ini memang busy dengan riff-riff yang catchy sehinggakan saya dapat membayangkan jari gitaris mereka menari-nari di atas fret, sambil drummer asyik memalu dan memandu beat yang bertalu. Ada beberapa part yang jelas menampilkan chug-chug Slamming, ditambah pula dengan vokal padu bergema dalam tekak (bayangkan seperti Frank Mullen of Suffocation tapi 5 kali ganda garang) berselang-seli jeritan nyaring ugh! Tidak dilupakan juga ada kalanya bass jadi audible dengan twang yang lazat.

Saya menyukai dinamik album ini yang berapi dan headbang inducing dari mula hingga habis. Tapi ini bukanlah Brutal Death Metal yang mindlessly beat everything to pulp sebaliknya bagaikan a roller coaster ride through a giant mincer. Revocation of the Fallen memberi peluang anda melayan riff-riff yang catchy sampai naik syok sebelum memberi anda good dose of blastbeat sampai mata naik putih. Ha gituh. Dan saya menyukai small bits of Technical dan Slamming yang muncul sana-sini dalam album ini. Saya juga berpuas hati dengan permainan instruments yang cukup detailed berketepatan jitu yang membuatkan saya jadi tak kisah pun kalau album ini tidak mempunyai variasi dalam dinamik. Pada saya Revocation of the Fallen mempunyai dos technical (takde nak show off melampau) dan brutal yang seimbang untuk seronok dilayan. Adakah ini calon album of the year? Kita tengok kalau ada terbitan lain mampu gugat mereka!

Revocation of the Fallen kini terdapat dalam format CD, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Suffocation, Dying Fetus, Deeds of Flesh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected