Gaerea – Limbo [Full Length, 2020]

0

Gaerea adalah sebuah unit Black Metal dari Portugal yang menggelar muzik mereka Cathartic Black Metal. Personally, saya gembira melihat progress Gaerea yang bermula dari label kecil (Everlasting Spew) ke label meningkat naik (Transcending Osbcurity) hinggalah bertapak selesa di bawah label established (Season of Mist). Dan Limbo adalah album pertama mereka dengan Season of Mist, pada saya it’s everything for them kerana mereka dah sebaris dengan nama-nama besar.

Limbo menawarkan 6 trek Black Metal yang lepas geram penuh kemarahan yang solid dan tense. Ini bukanlah Black Metal yang mempunyai sound necro sungguhpun ahli-ahlinya memakai hood dengan sigil Goetia. Saya menyukai sound berapi yang disajikan sepanjang durasi hampir 52 minit yang jelas tiada kompromi dan bulldoze everything through. Lontaran vokal yang terseksa (dan cathartic, obvioiusly) menyempurnakan tempo permainan gitar, bass dan dram yang menggila. Dengan kualiti rakaman yang bagus, Limbo terasa padat dan memuaskan pendengaran.

Namun, Limbo tidak lari daripada kekurangan. Meskipun deparment songwriting dan permainan mereka mantap, terdapat sedikit atau hampir tiada langsung variasi dalam trek-trek dihasilkan, melainkan anda consider trek terakhir sebagai slow sikit (itu pun sekadar di permulaan). Tapi jangan jadikan ini untuk menafikan kehebatan Gaerea, kerana bukan semua pendengar peduli tentang variasi dalam album ye dak? Saya personally menikmati pengalaman mendengar Limbo yang garang dan memacu rasa melepas geram, dan anda patut cuba dengar Gaerea jika belum pernah.

Limbo kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Mgła, Uada, Behemoth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected