Fleetburner – Fleetburner [Full Length, 2020]

0

Fleetburner merupakan satu projek menggabungkan otai-otai industri Metal seperti ahli dan bekas ahli In Flames, Dark Tranquillity, Kalmah, Mistur, Sirenia, Arkona dan banyak lagi. Dan anda dapat mengalami kehebatan kolaborasi mereka dengan album self titled mereka yang terbit melalui Butler Records.

Saya initially menyangka ini akan menjadi sama ada terbitan bergenre Melodic Death Metal atau Power Metal memandangkan personnel yang terlibat mempunyai traits sebegini. Namun meleset la pulak. Sebaliknya ia adalah album Progressive Metal yang dijalin indah dan beremosi. Tambahan pulak ada dinyatakan Fleetburner merupakan album yang menceritakan perjalanan seorang individu yang insecure dari kecil hinggalah menghadapi inner demonnya apabila dewasa, so you can tell it’s a lot of inner strunggle happening here. Dan feel dan dinamiknya ditulis indah dari lagu ke lagu, dielokkan lagi dengan permainan instrument yang top notch. Saya mendapati banyak pengaruh Prog, Melodic dan Heavy Metal yang terserlah dalam album ini.

Vokal Ken Simerly menjadi selling point dalam album ini. Clean vokal yang dipertaruhkan fluctuate antara sedih beremosi menikam jiwa kepada berani serta intense sesuai di kala muzik meribut bergaya Melodic Metal. Vokal beliau sekalipun clean dan ada depth, tidaklah terasa muak setelah mendengar separuh album, sebaliknya terasa sangat bersesuaian dengan vibe album ini. Satu lagi mungkin kerana beliau bukan nak poyo menayang range, sebaliknya lebih kepada compliment kepada semua yang ada. Bercakap tentang instrument pula, saya suka sound mereka yang lush dan yang padat terima kasih kepada keyboard yang mewarnai tekstur album ini. Gitar pula terasa bersih dan melengkapi setiap aspek komposisi Fleetburner. Jika anda mencari Progressive Metal yang melambung-lambung jiwa dengan ceritanya, Fleetburner patut ada dalam playlist anda.

Fleetburner kini terdapat dalam format CD dan piring hitam.

FFO: Borknagar, Opeth, Amorphis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected